WARGA penduduk di daerah Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia gempar apabila sepasang suami isteri yang telah menetap di Kampung Bukit Cincin di daerah tersebut selama 11 tahun ternyata merupakan adik beradik kandung.
Pasangan tersebut yang dikenali sebagai Arman, 40 dan Siti, 38, itu berasal daripada Jawa Barat dan dikurniakan dua orang anak masing-masing berumur 10 dan 8 tahun.
Mereka berdua bernikah secara diam-diam ketika masih menetap di Jawa Barat dan dihalau orang ramai dari kampung kelahiran mereka setelah ditangkap khalwat.
Kedua pasangan tersebut kemudiannya berpindah ke Karimun untuk memulakan hidup baru.
Setelah mendapat tahu tentang kisah sebenar mereka, para penduduk perkampungan Bukit Cincin bertindak mengepung rumah pasangan yang berkelakuan sumbang mahram itu dan dibawa ke Masjid Agung Karimun, minggu lalu untuk diambil tindakan.
Sepanjang menetap di perkampungan itu, penduduk kampung di situ tidak pernah mengetahui latar belakang pasangan tersebut oleh kerana keengganan mereka bergaul dengan penduduk setempat.
Setelah didesak orang ramai, Arman akhirnya mengaku bahawa Siti merupakan adik kandungnya dimana dia merupakan anak kedua dan Siti anak keempat daripada lima beradik.
Atas tindakan mereka merahsiakan perkara tersebut, pihak polis serta pegawai agama di daerah tersebut bersama-sama warga setempat mengambil tindakan menghalau Arman daripada Karimun.
Ketua Polis Daerah Karimun, Saiful Badawi mengesahkan bahawa Arman dihalau keluar daripada Karimun setelah disoal siasat oleh orang ramai, tetapi penduduk kampung membenarkan Siti dan anak-anaknya untuk terus menetap di daerah itu.
“Tapi sebelum Arman diusir dari Karimun, pasangan suami isteri sedarah ini dibawa ke Masjid Agung Karimun, bagi menghindari amukan warga setempat sambil mencari solusi.
“Orang kampung akhirnya menegaskan agar dia (Arman) meninggalkan Karimun untuk selamanya,” kata Badawi
Jelas Badawi, warga setempat di daerah itu mengarahkan Arman untuk meninggalkan Karimun pada hari itu juga, dan mereka bertindak mengiringi Arman sehingga ke berdekatan untuk menaiki kapal keluar dari kepulauan tersebut.
Bagi adik kandungnya yang juga merupakan isterinya pula, penduduk setempat masih membenarkan wanita itu menetap di Karimun tetapi akan sentiasa diawasi mereka.
“Adik kandung yang menjadi isterinya itu tetap di Karimun, kita masih membicarakan bersama semua pihak dalam menangani kes ini,” jelas Badawi.
Kisah ini boleh disimpulkan melalui kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”.
Setelah lebih 11 tahun melakukan sumbang mahram, akhirnya kantoi juga. –MYNEWSHUB.CC/EZ
Loading...