loading...

Wany Hasrita Berkawan Dengan Bekas Vokalis Q-Face

wany hasrita berkawan dengan bekas vokalis q face 1

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan dia kini sedang dalam fasa berkawan dengan bekas vokalis kumpulan Q-Face iaitu Fairuz Selamat.

Bahkan, Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, memberitahu perhubungan itu sudah terjalin sejak tahun 2016 lagi iaitu sebelum dia bergiat dalam dunia seni.

"Saya dah kenal Fairuz sejak 2016 lagi menerusi aplikasi Smule. Kami pernah duet menyanyikan lagu cover 3 Malam dan video tersebut menjadi viral.

"Disebabkan video itu juga saya ditawarkan menjadi artis bawah pengurusan syarikat rakaman Fantasia Music Cita (FMC). Kiranya, perjalanan karier seni saya juga ada kena mengena dengan Fairuz.

"Tapi sejujurnya, saya dan dia sedang berkawan. Kami tidak ada hubungan secara rasmi pun," kata Wany kepada Mstar Online.

wany hasrita berkawan dengan bekas vokalis q face 2

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

Wany menjawab pertanyaan berhubung fotonya bersama Fairuz yang dikongsi bersama peminat di laman Instagram.

Kumpulan Q-Face pernah mendapat perhatian sebagai antara kumpulan remaja popular pada tahun 2001, meletup dengan lagu Izinkanlah.

Sementara itu, Wany tidak menolak andainya ditakdirkan akan berkahwin dalam tempoh terdekat ini, meskipun tumpuannya tetap berpihak dalam bidang nyanyian.

"Saya tak tetapkan bila nak berkahwin. Tapi kalau jodoh sampai awal, saya terima sahaja. Lagipun saya dah 26 tahun, sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

"Cumanya, buat masa sekarang ini saya memang beri tumpuan sepenuhnya pada karier nyanyian yang baru sahaja nak berkembang," katanya.

Dalam masa sama, Wany menyatakan ketidakselesaannya apabila para peminat sering mengaitkan namanya dengan beberapa artis lelaki.

"Sebenarnya saya tidak selesa kalau kerap sangat nama dikaitkan dengan mana-mana selebriti lelaki.

"Tapi semua itu diluar bidang kuasa saya. Saya tak dapat nak mengawal apa yang peminat mahukan.

"Apa yang saya boleh buat hanya diamkan sahaja. Terpulang pada peminat yang mana mereka suka, janji tidak melebihi batas," katanya.

Antara selebriti yang pernah digosip dengan Wany termasuk penyanyi remaja Tajul dan Khai Bahar. 

Sumber berita: Mstar

Previous
Next Post »
loading...