loading...

Bob Lokman Dikejarkan Ke Hospital

bob lokman dikejarkan ke hospital

Kredit foto: sataypanas.com

Pelakon dan pelawak Bob Lokman sekali lagi dikejarkan ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh kerana masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru, dua hari lalu.

“21.2.2018 masuk lagi UiTM. Alhamdulillah," tulisnya dalam kiriman Facebook.

Menerusi wawancara bersama Sinar Harian, Bob mendedahkan itu merupakan kali ketiga dia terlantar di wad. 

"Tapi, kali ini keadaan penyakit saya ini semakin rumit.

"Saya penat sebab jantung, paru-paru dan buah pinggang saya berada dalam keadaan tidak baik. Jadi, kos rawatan juga menjadi agak tinggi," katanya.

Pada Januari dan Februari lalu, Bob dimasukkan ke hospital juga atas masalah kesihatan sama.

Untuk info, Bob merupakan seorang komposer dan penulis lagu terkemuka sekitar era 1980-an.

Antara karya pemilik nama sebenar Mohd Hakim Lokman ini yang masih berbisa sehingga kini seperti Isabella dendangan kumpulan Search (bertindak sebagai penulis lagu) dan Taman Rashidah utama nyanyian Wings (selaku komposer).

Kerjaya seni Bob terhenti sejak tujuh tahun lalu apabila beliau mengundur diri daripada dunia seni. Selepas itu, dirinya dilihat aktif sebagai ahli Pas.

Begitupun, Bob akui sudah tidak berdaya untuk memberikan ceramah agama kerana dibelenggu penyakit.

Beliau mengalu-alukan bantuan kewangan daripada orang ramai yang berminat untuk membiayai perbelanjaan rawatannya.

"Saya dah tak mampu nak bekerja dan mengharapkan bantuan individu khusus sahaja.

“Kalau sesiapa ingin membantu, saya alu-alukan," serunya.

Bantuan boleh disalurkan terus ke akaun Public Bank isterinya, Relawati Daud iaitu 4416206406.

Sumber berita: Sinar Harian

Previous
Next Post »
loading...