PAOLA Saulino, yang pernah menawarkan berjuta-juta pengundi oral seks sekiranya mereka mengundi untuk menolak referendum pada 2016, mendakwa akaun Instagramnya telah disekat susulan kebimbangan dia boleh mempengaruhi pilihan raya yang bakal diadakan di Itali.
Dia yang juga seorang model mempunyai kira-kira 430,000 pengikut dalam Instagram. Pilihan raya umum di Itali dijadualkan pada Ahad ini.
“Mereka menyekat akaun saya kerana orang ramai membuat laporan terhadap saya. Mereka takut saya akan mempengaruhi pilihan raya itu,’’ katanya kepada Daily Star Online.
Paola kini menggesa orang ramai menggunakan hashtag #unbanpaola untuk menghantar mesej kepada rangkaian media sosial. Menurut tinjauan umum, hampir 30 peratus pengundi di Itali masih belum membuat keputusan mengenai parti yang akan mereka sokong.
Paola mendapat perhatian pada 2016 selepas berjanji untuk memberikan oral seks kepada 19.4 juta pengundi sekiranya mereka menolak referendum bagi meminda perlembagaan yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Matteo Renzi.
Apabila 59% pengundi menolak referendum itu, orang ramai menyangka Paola akan menarik balik janji yang dibuatnya itu namun dia kemudiannya melancarkan Pompa Tour dan mendakwa berjaya memuaskan 700 lelaki di seluruh Itali.
Dia memulakan Pompa Tour di Rome pada 7 Januari lalu dan mengakhirinya di Palermo pada 21 Januari 2017.
Ketika dalam siri jelalah terakhirnya itu, Paola menyatakan dia `keletihan’ selepas melakukan 400 aksi seks namun berikrar untuk meneruskan hingga mencukupi jumlah satu juta. – MYNEWSHUB.CC
*Sekadar Video Hiasan..
Loading...