Ramai blogger baru dewasa kini yang hanya menggunakan platform laman sosial seperti facebook, instagram, dan twitter pasti tertanya-tanya bagaimana untuk menarik pembaca atau tingkatkan traffik pembaca ke laman blog anda kan? Sebenarnya isu ini sudah lama dibincangkan oleh blogger-blogger otai di luar sana (tidak termasuk saya lah. Saya masih newbie).
Bermulanya tahun 2018, banyak blog-blog baru dan domain-domain baru telah menerima kesan yang amat besar di laman sosial. Ada diantara blog-blog baru ini telah di ban, di-restrict oleh facebook, fanpage kena disable, reach disekat, reach facebook menjadi kosong dan bermacam-macam lagi.
Lebih memudaratkan bagi blogger baru nak up yang pada awalnya berjaya mendapat trafik yang tinggi dan pendapatan yang tinggi lalu mengubah lifestyle kepada acah-acah jutawan dengan membeli kereta baru, menyewa rumah mewah dan sebagainya. Pasti perkara ini memeningkan anda bukan?
Jadi saya akan berkongsi kepada anda tips, teknik dan petua dalam berblogging ini. Harap perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda di luar sana meningkatkan prestasi blog anda untuk menjana pendapatan sampingan kepada anda agar anda mampu memiliki iPhone X dan boleh berlagak di Pavilion KL.
Tempoh matang blog bukan sebulan dua
Perkara ini adalah antara yang paling banyak blogger melakukan kesilapan. Tempoh matang sesebuah blog sebenarnya adalah di dalam lingkunan tiga tahun ke lima tahun. Namun dewasa kini dapat dilihat blog yang baru berusia setahun jagung tapi sudah berlagak seperti 'orang lama' hanya kerana mereka memiliki fanpage atau follower yang ramai di media sosial.
Bila media sosial sudah sekat capaian ke blog, barulah terhegeh-hegeh mahu minta pertolongan dan tunduk rebah ke bumi untuk dapatkan tips dan teknik dari blogger-blogger yang tidak mengharapkan trafik dari media sosial semata-mata.
Nasihat saya, sekiranya anda ingin menulis blog atau membangunkan sesebuah blog, pastikan anda seorang yang sabar dan tabah dalam mengharungi sekurang-kurangnya dua tahun terawal. Pada masa ini, cabarannya adalah sangat tinggi. Namun selepas blog anda sudah berusia tiga tahun ke atas, percayalah. Anda tidak memerlukan media sosial pun untuk menarik pembaca datang ke blog anda.
Blog plagiat (copy paste) bakal berkubur awal
Kalau mahu mula mendirikan sesebuah blog, jangan plagiat artikel orang lain. Ini adalah sangat-sangat terlarang bagi blogger. Enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan bahkan AltaVista pun akan benci kepada anda sekiranya anda suka plagiat artikel orang.
Pastikan "plagiarisme" tidak ada dalam kamus hidup anda sekiranya anda ingin menjadi seorang blogger. Kalau anda perasan, ada ke blog copy paste yang kerapkali keluar di enjin carian Google? Mana ada. Kebanyakan yang tersenarai di laman pertama carian Google adalah blog-blog yang memiliki konten sendiri atau konten original yang ditulis sendiri oleh penulis blog yang beretika.
Anda penulis blog copy paste? Anda suka plagiat artikel orang? Saya doakan semoga anda mendapat hidayah daripada tuhan. Semoga hati anda terbuka untuk menulis sendiri tanpa mengharapkan pendapatan haram hasil copy paste artikel orang lain.
Format penulisan perlu betul dan tersusun kemas
Ini juga perkara penting untuk anda mendapatkan trafik ke blog anda tanpa menggunakan sosial media. Sebenarnya format penulisan memainkan peranan penting untuk anda mendapatkan tempat di enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing. Anda perlu membuat sedikit kajian berkaitan HTML formatting agar anda faham dan tahu tentang kemahiran asas format penulisan di laman blog.
Ramai yang mengendahkan perkara ini. Ya lah. Mungkin kerana memiliki fanpage berjuta follower. Hal ini tidak merisaukan bagi mereka yang hanya pandai "spamming" di laman sosial. Bila reach semakin berkurangan, barulah gelabah mahu cari cara betul untuk dapatkan trafik ke laman blog.
Blog jangan terlalu banyak script dan iklan
Jangan kata pembaca biasa, saya sendiri pun geram dan sangat 'anti' dengan blog-blog yang memiliki iklan melampau. Ada yang meletakkan iklan floating sampai nak baca artikel pun tak boleh. Popup pun banyak. Masyaallah. Sakitnya hati bila layari blog yang banyak iklan ni.
Jadi bagi anda yang merasakan facebook audience network sudah tidak boleh memberikan pulangan yang memberansangkan kepada anda, jangan cuba-cuba untuk meletakkan iklan dari syarikat pengiklanan 'low-class' yang mengandungi popup dan floating ads ke laman blog anda. Ini adalah sangat taboo dalam dunia blogging.
Bagi anda yang kecewa dengan media sosial seperti facebook yang mana menyediakan platform konten seperti "instant-articles" anda boleh berubah arah kepada Google AMP. Konsepnya sama sahaja. Google AMP akan membantu anda untuk tersenarai di laman pertama Google dengan lebih mudah kerana Google sangat pentingkan website atau laman web yang memiliki pageload yang sangat pantas dan laju.
Selain iklan, anda juga perlu elak dari meletakkan script-script yang tidak patut ke laman web / blog anda. Contohnya seperti script widget glitter lah, script chatbox lah, script animation cursor, script bodoh-bodoh, script bangang-bangang dan bermacam-macam lagi. Script-script ini langsung tidak membantu menambah kebaikan pada blog anda. Apatah lagi sekiranya anda meletakkan script terlarang seperti 'coinhive' untuk mengambil kesempatan ke atas CPU pembaca. Tunggu sajalah blog anda ditularkan untuk dibenci netizen.
Tulis artikel yang menarik dan berkualiti
Sebagaimana anda menyukai sesuatu blog, sudah tentu kerana artikel yang dihasilkan adalah artikel yang berkualiti. Dalam dunia ini, tidak ada orang yang menyukai blog-blog yang mengeluarkan artikel-artikel sampah ataupun artikel plagiat dari blog lain. Namakan kepada saya satu blog sampah yang anda suka. Pasti tidak ada bukan?
Jadi, elakkan menulis artikel yang entah apa-apa seperti "kenapa tidak ada aweks wechat mahu bercinta dengan saya" ataupun "bagaimana mengurat lelaki yang lebih tua dari anda" kerana artikel-artikel ini tiada sesiapa pun yang mahu membacanya. Tulis artikel yang berguna kepada masyarakat dan memberi manfaat kepada orang ramai. Insyaallah anda akan dapat pembaca serta pahala di akhirat kelak.
Kesimpulan
Sebagaimana anda berjaya menghabiskan pembacaan anda di artikel ini. Sebagaimana anda menemui artikel ini di laman carian. Sebagaimana anda boleh tertarik untuk membaca artikel ini. Begitu jugalah anda perlu lakukan pada blog anda. Tulis artikel yang berguna, baik, berinspirasi, bermanfaat dan menarik untuk pembaca anda.
Yakin dan percayalah, sekiranya anda berjaya konsisten atau istiqomah dalam mendirikan blog anda selama dua tahun, pasti anda akan mendapat hasil yang amat memuaskan. Selepas ini saya akan sambung pada bahagian kedua pula. Iaitu bagaimana menjana duit melalui blog tanpa menggunakan media sosial seperti facebook, twitter dan instagram.