Dua rakan artis yang didakwa menganiaya Datuk Farid Kamil mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu bagi tujuan membersihkan nama. Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar, mewakili Taj Innuendo dan Osh, berkata demikian menerusi laporan Projek MMO.
BACA: Polis: Taj Innuendo, Firdaus Sila Serah Diri
“Pihak Taj sedia memberikan kerjasama untuk membantu siasatan. Apa yang didakwa oleh pihak Farid tidak menjejaskan reputasi Taj, namun dia pun agak terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku”
“Kami amat menghormati lunas undang-undang dan apa sahaja informasi yang pihak polis perlukan untuk menyelesaikan siasatan ini, kami akan berikan,” jelasnya mengenai dakwaan terhadapnya.
Sebelum ini, Farid telah membuat laporan polis, mendakwa tiga rakan artis telah menganiaya beliau dengan memasukkan bahan terlarang dalam minumannya. Beliau juga mendakwa diberikan rokok disapu minyak dipercayai dadah. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW