loading...

“kepala, kaki dan tangan saya dipegang sebelum digilir mereka…”

Cik X (bukan nama sebenar) baru berusia 17 tahun. Dia bekerja sebagai jurujual. Dia mempunyai teman lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai anggota tentera.

Pada pertengahan Disember tahun lalu, seperti biasa dia berjanji temu dengan kekasihnya. Mereka menghabiskan masa di Bandar Kluang dan menyewa sebuah bilik hotel di Jalan Mata Kucing.

Malam itu mereka menghabiskan masa bersama di dalam bilik bagaikan pasangan yang baru berkahwin. Mereka menikmati ‘segalanya’ di atas katil tanpa gangguan sesiapa.

Tetapi Cik X tidak tahu yang kekasihnya punya rancangan lain. Ada sesuatu yang menunggu Cik X di luar sana.

Kira-kira pukul 4 subuh, lapan orang lelaki berusia antara 19 hingga 24 tahun masuk ke dalam bilik. Mereka adalah rakan kekasihnya yang juga bekerja sebagai tentera.

Kemudian tanpa disangka pemuda yang sangat dikasihinya menyuruhnya melakukan hubungan intim dengan semua lelaki yang baru masuk tadi. Sudah tentu dia menolak. Dia merayu supaya tidak diapa-apakan.

Tetapi rayuannya tidak diendahkan. Sebaliknya dia digilir oleh mereka. Dia meronta cuba melawan tetapi kudratnya tidak mampu menandingi kekuatan sembilan orang pemuda yang memang terbiasa dengan latihan-latihan berat!

Kepalanya dipegang, kaki dan tangannya ditekan sehingga dia tidak mampu bergerak. Selepas itu seorang demi seorang pemuda itu menindih tubuhnya.

Selama lebih kurang dua jam Cik X terpaksa berhadapan dengan nafsu buas mereka. Ia hanya berakhir kira-kira pada pukul 6 subuh.

Sejak peristiwa hitam itu, Cik X mengalami tekanan. Kadang-kadang timbul juga niatnya mahu mengadukan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Tetapi dia merasa malu dan takut. Akhirnya dia diamkan saja.

Tetapi semakin lama peristiwa itu semakin membengkak dalam jiwanya. Ia mula meracun dirinya. Fikiran warasnya semakin hilang.

Tekanannya sampai ke puncak pada 16 Januari yang lepas. Dia naik ke bumbung Kluang Parade dan cuba melompat ke bawah untuk menamatkan riwayatnya!

Walau bagaimanapun, dia bernasib baik kerana berjaya dipujuk oleh seorang kakitangan di situ.

Selepas itu dia tidak pernah untuk mencuba melakukan perkara yang sama. Tetapi hatinya masih sakit dan marah apabila teringat peristiwa hitam di hotel. Kini dia tahu yang dirinya sekadar dipermainkan oleh teman lelakinya.

Akhirnya pada 22 Februari pukul 8.52 pagi, Cik X membuat laporan di Balai Polis Kluang. Dia menceritakan semua dari A hingga Z kejadian pada malam itu.

Pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk menangkap para pelaku termasuk kekasih Cik X. Mereka ditangkap di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol beramai-ramai, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 10 hingga 30 tahun.

Previous
Next Post »
loading...