loading...

Lelaki Palestin Maut Beberapa Jam Ditahan Askar Israel

RAMALLAH – Seorang lelaki rakyat Palestin meninggal dunia beberapa jam selepas ditahan oleh tentera Israel di bandar Jericho, Tebing Barat, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kelab Banduan Palestin (PPC) pada Khamis.

Keluarga Yasin Omar Saradeeh, 33, telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Israeli bahawa kematiannya adalah disebabkan oleh “kekejangan dan lemas akibat gas pemedih mata,” kata PPC dalam satu kenyataan.

Menurut saksi, tentera Israel telah membaling dua bom gas pemedih mata ke arah kediaman penduduk Palestin semasa satu serbuan di kejiranan Jericho di mana Saradeeh dan keluarganya tinggal.

Anggota keluarga Saradeeh telah memaklumkan pemberita bahawa mangsa telah dipukul oleh tentera Israel semasa ditahan dan dia juga telah terhidu banyak gas pemedih mata, serta mangsa tidak menghidap sebarang penyakit.

PPC turut mengesahkan bahawa pihak berkuasa Israel telah menerima permintaan Palestin untuk memasukkan seorang pakar forensik dalam proses autopsi. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...