loading...

Ibu Punca Putus Tunang? Elfira Loy Buka Mulut

ibu punca putus tunang elfira loy buka mulut

Kredit foto: BH Online

Aktres Elfira Loy menepis dakwaan kononnya ibunya, Filzah Yusoff merupakan penyebab pertunangan beliau dan Sufian Suhaimi putus.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23, bagaimanapun, yakin akan naluri seorang ibu yang disifatkan sentiasa tepat dalam menentukan haluan anak-anak.

"Ada orang buat spekulasi kata ibu keluar kenyataan supaya selepas ini saya bertemu dengan lelaki yang lebih baik. Sebenarnya, ia bukan bermaksud yang dulu tak baik.

"Setiap masa ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan saya percaya naluri seorang ibu itu tepat kerana mereka sudah ada pengalaman hidup.

"Apa yang ibu buat ini adalah benda betul sebab saya masih belum cukup matang untuk melalui perhubungan ini," katanya.

Elfira membuat kenyataan tersebut dalam temubual bersama program Melodi, siaran semalam.

Terdahulu, rata-rata blog hiburan berandaian ibu Elfira merupakan punca perpisahan aktres itu dengan Sufian.

Sementara itu, Elfira turut menangkis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Sufian tidak mempu menyediakan wang hantaran seperti diminta keluarganya.

Dalam masa sama, Elfira menegaskan punca sebenar keputusan yang dibuat itu kekal menjadi rahsia keluarga kedua-dua belah pihak.

"Apa yang berlaku hanya keluarga tahu, orang lain tak tahu walaupun saudara-mara atau kawan. Saya tengok banyak spekulasi yang timbul sebab mereka nak jadi orang pertama bercerita.

"Iyalah, benda tengah panas memang ramai yang nak bercerita tentang perpisahan ini dan sebab itulah saya tak baca komen-komen di laman sosial. Kalau ternampak saya akan padam," katanya yang terbuka menerima musibah itu.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober lalu dan sepatutnya merancang berkahwin sekitar Mac ini.

Hubungan itu secara rasmi terputus apabila keluarga Elfira memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga Sufian di Johor, pada 18 Februari.

Sumber berita: Mstar

Previous
Next Post »
loading...