loading...

Orang kulit putih adalah ancaman pengganas yang lebih besar daripada orang Islam

Apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyekat perjalanan masuk pemegang pasport dari tujuh negara Islam ke Amerika Syarikat, Trump menyatakan yang keputusan itu dibuat untuk melindungi warga Amerika daripada ancaman “pengganas Islam yang radikal.”

pengganas sebenar datang dari amerika donald trump

Menurut Trump, kedatangan “pengganas-pengganas” ini tidak dialu-alukan di AS.

Namun demikian, setelah hampir setahun mentadbir Rumah Putih, sebenarnya statistik menyatakan lebih ramai rakyat negara itu yang dibunuh oleh lelaki Amerika berkulit putih sendiri yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan agama Islam mahupun orang luar.

Tidak dinafikan, pengganas Islam radikal yang diinspirasikan atau diarahkan oleh kumpulan seperti ISIS dan Al-Qaeda sememangnya menjadi ancaman besar kepada AS.

Serangan tembakan di tempat awam paling buruk dalam sejarah moden Amerika adalah semasa seorang lelaki yang dilaporkan terinspirasi dengan kumpulan ISIS telah melepaskan tembakan secara membabi buta di sebuah kelab malam gay di Orlando, Florida hingga mengorbankan 49 orang awam sementara 53 orang lagi cedera.

Selain itu, kumpulan militan yang mempunyai hubungan dengan ISIS juga dilaporkan telah membunuh atau mencederakan ramai lagi orang awam yang tidak bersalah di negara lain seperti England, Perancis dan Kanada.

pengganas sebenar datang dari amerika donald trump terrorist

Namun, di Amerika Syarikat, ancaman yang lebih besar dan serius sebenarnya datang daripada penyerang kategori lain. Pengganas ini tidak ada kaitan dengan mana-mana agama, terutama sekali ekstremis Islam. 

Dalam tahun 2017 sahaja, ini adalah antara serangan ‘pengganas’ yang terjadi di AS:

  1. Seorang lelaki berkulit putih berusia 64 tahun dari Nevada telah membuat serangan tembakan di sebuah festival muzik country dengan kehadiran pengunjung seramai kira-kira 22,000 orang. Kejadian yang berlaku di Las Vegas itu telah meragut nyawa lebih 50 orang dan mencederakan hampir 200 mangsa yang lain.
  2. Pada bulan Ogos, seorang pesimpati Nazi berkulit putih dari Ohio dengan sengaja telah memecut keretanya ke arah sekumpulan pembangkang anti-rasis di Virginia yang sedang membuat bantahan secara aman. Lelaki berusia 20 tahun itu telah membunuh seorang wanita dan menyebabkan 19 yang lain cedera.
  3. Bulan Jun menyaksikan kes seorang lelaki kulit putih berusia 66 tahun dari Illinois menembak ahli Kongres Republikan semasa satu latihan bola keranjang pada awal pagi. Kejadian itu telah menyebabkan ramai mangsa mengalami kecederaan serius termasuklah Rep. Steve Scalise dari Louisiana.
  4. Pada bulan Mac, seorang lelaki kulit putih berusia 28 tahun dari Baltimore menuju ke bandar New York dengan niat buruk untuk membunuh semua orang lelaki berkulit hitam. Dia telah menikam seorang mangsa lelaki berusia 66 tahun, Timothy Caughman hingga mati dan disabitkan kesalahan aktiviti pengganas oleh pihak berkuasa New York.
  5. Pada bulan Mei, seorang warga Oregon bernama Jeremy Joseph Christian mula mengganggu sekumpulan remaja Muslim di dalam gerabak kereta api di Portland. Lelaki berusia 35 tahun itu memberitahu remaja-remaja tersebut “Kami hanya perlukan orang Amerika di sini!” Dua orang penumpang lelaki lain cuba menghalang Jeremy daripada terus membuat kekacauan, namun mereka telah ditikam sehingga mati. 

pengganas sebenar datang dari amerika donald trump terrorist 3

Bukan itu sahaja, malah menurut satu kajian yang dijalankan oleh New America, dari tahun 2001 hingga 2015, lebih ramai warga Amerika yang dibunuh oleh puak pelampau berhaluan kanan yang berasal dari negara itu sendiri berbanding “pengganas Islam”.

Satu lagi kajian oleh Reveal and the Center for Investigative Reporting yang diterbitkan pada bulan Jun 2017 pula lebih mengukuhkan fakta tersebut:

kejadian insiden keganasan terrorist pengganas

Pengganas Islam radikal adalah rakyat Amerika Syarikat sendiri

Dalam ucapan pertama Trump kepada Kongres, dia menyatakan yang “majoriti individu yang disabitkan atas kesalahan aktiviti keganasan dan kesalahan berkaitan keganasan sejak 11/9 datang dari luar negara.”

Namun demikian, tidak ada seorang pun penjenayah dalam mana-mana serangan pengganas di AS yang dibuat ‘atas nama Islam’ itu berasal dari mana-mana 15 negara yang diharamkan oleh Trump. Malah, negara yang paling banyak melahirkan pengganas yang menyerang Amerika Syarikat adalah Amerika Syarikat sendiri. 

Serangan tembakan San Bernardino yang meragut nyawa 14 orang mangsa dilakukan oleh pasangan suami isteri yang dilahirkan di Amerika Syarikat walaupun berdarah keturunan Pakistan. 

pengganas sebenar datang dari amerika donald trump terrorist 2

Pengganas yang menyerang kelab malam gay di Orlando itu juga merupakan warganegara AS yang lahir di sana dan mempunyai darah Afghanistan. 

Pengebom bersiri Boston yang telah membunuh tiga orang mangsa dikenal pasti berdarah etnik Chechnya. Keluarganya telah lama datang ke Amerika dari Kyrgyzstan dan dibesarkan di Cambridge, Massachusetts. 

Begitu juga dengan Faisal Shahzad yang telah membuat cubaan mengebom Times Square dan Nidal Hasan yang membunuh 13 orang mangsa di Fort Hood pada tahun 2009. Kedua-duanya dilahirkan di tanah Uncle Sam itu sendiri. 

Kebarangkalian seorang warga Amerika mati dibunuh dalam serangan pengganas oleh pendatang asing dalam setahun hanyalah 1 dalam 3.6 juta. Rakyat Amerika lebih berisiko tinggi untuk mati akibat pakaian mereka sendiri atau disebabkan anak kecil yang memegang senapang berbanding pengganas imigran. 

pengganas sebenar datang dari amerika donald trump terrorist 4

Apa-apapun, berpandangan ekstrem dan berperilaku ganas atas alasan yang dianggap “mulia” - tidak kiralah disebabkan agama, politik atau rasa benci kepada sesuatu - bukanlah berpunca daripada orang Islam, Arab, pendatang atau mana-mana kumpulan secara khusus. Ia datang daripada sifat peribadi individu itu sendiri. 

Janganlah kita sesekali menjadi orang yang esktrem dan bertindak seperti seorang pengganas. Belajarlah mengawal diri dengan sabar dan selidiki sesuatu fakta sebelum terus mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapapun. Apatah lagi menggunakan sebarang bentuk kekerasan.

Seronokkah jika diri kita dilabel pelampau atau pengganas?

Sumber:

1. White House

2. Reveal News

3. New York Times

4. Politico

Previous
Next Post »
loading...