loading...

“ Siapa Suruh Curang? Kan Dah Kena Potong Buang Di Toilet!”

Sukhwant Kaur dan Azad Singh 40 tahun sudah lama berlahwin. Sepanjang melayari bahtera rumahtangga, hubungan mereka bahagia sehingga dikurniakan dua orang cahayamata.

Tetapi sejak kebelakangan ini, hati Sukhwant tidak tenteram. Banyak petunjuk yang membuatkan nalurinya mengatakan suaminya bermain kayu tiga di belakangnya.

Selepas disiasat, ternyata nalurinya memang betul. Suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain! Rasa cemburunya tiba-tiba bertukar menjadi marah. Dan rasa marah yang membuak-buak di dalam dadanya bertukar menjadi dendam.

Pada malam Selasa yang lalu, Sukhwant menunggu suaminya tidur. Apabila terlena, tanpa teragak-agak Sukhwant mencapai sebatang besi lalu memukul kepala Azad sehingga pengsan!

Kemudian Sukhwant menuju ke dapur dan mengambil pisau lalu kembali semula ke bilik tidur mereka. Tanpa berlengah Sukhwant memotong kemaluan Azad dari batang hingga ke telur sehingga putus sebelum membuangnya ke dalam mangkuk tandas dan mengepamnya!

Bagaimana pula nasib Azad? Kini dia berada di hospital dan berada dalam keadaan stabil. TAPI harta tidak ternilainya tidak dapat dicari. Ia sudah berkubur di dalam pembetungan najis.

Sementara itu Sukhwant masih meringkuk di dalam balai dan bakal didakwa atas kesalahan yang dilakukannya.

PENGAJARANNYA: Jangan pandang rendah kekuatan wanita di dapur, kerana mereka sangat mahir menggunakan pisau pemotong bawang dan daging!

Previous
Next Post »
loading...