loading...

Senarai Terkini 3 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual - KKM

3 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual kkm

Sumber foto: springfield-college.com (Gambar sekadar hiasan)

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada membeli dan menggunakan 3 produk kosmetik yang didapati mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak diizinkan dalam produk kosmetik.

Menerusi sebuah kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk itu ialah GG Pinky Day Cream for Skin, Tati Therapy Cream 1 and Tati Therapy Cream 2.

"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan," ujarnya.

Dr. Noor Hisham memberitahu, produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya dapat dipakai dengan konsultasi dari profesional kesihatan.

"Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone mampu mengakibatkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, pertukaran warna kulit yang tidak dimahukan, bahkan kulit menjadi hipersensitif," ujarnya.

Tambah beliau, para penjual dan pengedar kesemua produk kosmetik ini diberi peringatan agar menamatkan penjualan dan pengedaran produk-produk terbabit dengan serta-merta.

"Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," jelasnya lagi.

Untuk mendapatkan informasi terperinci, anda boleh menghubungi talian 03-78835400 atau menerusi emel di [email protected]

Sumber berita:

1.    Bernama

2.    Kosmo Online

3.    berita.rtm.gov.my

Previous
Next Post »
loading...