loading...

Cemburu Kacau Suami, Wanita Kelar Anak Saudara di Kinabatangan

cemburu kacau suami wanita kelar anak saudara di kinabatangan

Sumber foto: kedahnews.com (Gambar sekadar hiasan)

Kawasan perumahan pekerja Ladang Pertasa, Peringkat 1, Jeroco di Kinabatangan, Sabtu lepas, heboh apabila seorang wanita bertindak menyerang anak saudaranya sendiri menggunakan pisau sehingga parah, disyaki akibat menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Menerusi insiden pukul 7.57 pagi di kediaman mangsa, mangsa yang juga merupakan pekerja ladang yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala, betis, lutut dan jari tengah sebelah kiri, dibawa ke Hospital Kinabatangan bagi menerima rawatan lanjut.

Difahamkan, insiden tersebut diketahui pihak pengurusan ladang berkenaan yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden A Sahak Rahman memberitahu, menurut siasatan awal, suspek berumur 33 tahun itu didapati cemburu dan marah selepas mengetahui suaminya mempunyai hubungan intim dengan mangsa.

 

Setelah memaki-hamun anak saudaranya yang berumur 26 tahun, suspek terus menyerang mangsa menggunakan pisau yang dibawanya.

"Dipercayai mangsa yang sedang berehat di hadapan rumahnya didatangi suspek sebelum diserang dengan sebilah pisau berukuran 30 sentimeter.

"Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek sehingga mangsa cedera di kepala dan mengalami kesan kelar di jari, lutut serta betis," ujarnya semasa dihubungi, kelmarin.

Mangsa difahamkan merupakan janda yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 7 tahun.

Tambah beliau, pihak polis bergegas ke tempat insiden setelah mendapat maklumat dan melakukan tangkapan terhadap suspek, serta merampas pisau dipercayai digunakan menerusi kejadian terbabit.

Siasatan kes dilakukan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan menggunakan senjata tajam.

Sumber berita: Kosmo Online & BH Online

Previous
Next Post »
loading...