loading...

Penempatan APM Di Pusat Rekreasi Akan Dibincangkan

ARAU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung penempatan anggota APM di pusat rekreasi terpilih di seluruh negara untuk memantau keadaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata langkah itu antara usaha untuk membendung kejadian lemas yang kerap berlaku di pusat-pusat rekreasi di negara ini.

“Perkara ini telah dibawa kepada Kabinet dan perbincangan itu akan diadakan tidak lama lagi,” kepada pemberita selepas merasmikan program APM Bersama Komuniti dan Kenduri Rakyat di Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambung Tulang, di sini, hari ini.

Beliau berkata pada masa ini anggota APM ditempatkan di beberapa pantai terpilih di seluruh negara untuk memantau kejadian bencana.

Pada majlis itu yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya APM, Mejar Jen. (B) Datuk Azmy Yahya, Shahidan menyampaikan watikah pelantikan dan kenaikan pangkat kepada 54 orang terdiri daripada ketua jabatan dan pegawai APM.

Antara yang menerima watikah pelantikan ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau Datuk Shamsiah Mohd Yassin sebagai Kolonel Bersekutu (PA). – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...