
TIRANA – Polis Albania merampas 613 kilogram kokain yang disembunyikan dalam kontena pisang dari Colombia semalam dan menahan dua lelaki, menjadikannya rampasan dadah terbesar di wilayah Balkan.
Ketua Polis kebangsaan, Ardi Veliu berkata penghantaran kokain yang mempunyai nilai pasaran 180 juta euro (RM860 juta) itu, tiba di Pelabuhan Durres melalui Itali dan Malta, 10 hari lalu dan diawasi rapat pihak berkuasa.
“Pihak berkuasa Albania masih menyiasat bersama rakan asing mereka untuk mengesan semua hubungan dan individu terbabit dalam aktiviti jenayah itu,” kata Veliu kepada
Polis mengesahkan mereka menahan dua suspek, kedua-duanya berumur 25 tahun dan masih memburu suspek ketiga.
Seorang daripada suspek yang ditahan adalah pemandu trak yang mengangkut kontena dua tingkat menyembunyikan 528 bungkusan ke sebuah gudang.
Albania berdepan tekanan daripada Barat dalam usaha memerangi penyeludupan dadah dan bentuk jenayah terancang lain sebagai sebahagian usaha menyertai Kesatuan Eropah (EU). – Reuters/BH ONLINE
Loading...

Senarai Makanan Tinggi Potassium ...

Pikap Gagal Memotong, Enam Sekeluarga Nyaris Maut ...

Bsh Umum Senarai Pelumba Musim 2025 ...

Dulu Penyanyi Solo Popular, Netizen Terkejut Lihat ...