loading...

Bas Dua Alam Amphicoach Mula Dipandu Uji di Sungai Terengganu

bas dua alam amphicoach mula dipandu uji di sungai terengganu

Sumber foto: Bernama

 

Bas Amphicoach atau dua alam yang baru diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu 4 hari lepas mencuri tumpuan ramai ketika ia melalui proses pandu uji di darat dan air di Sungai Terengganu, Kuala Terengganu semalam.

Pengurus Besar Ultimate Technology Ltd, Stephen Morrison Smith memberitahu, beliau membina serta mengilangkan bas ini bermula dari tahun 2010.

"Ultimate Technology merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan dan pengilangan bas Amphicoach termasuk yang dibeli kerajaan negeri Terengganu ini sejak tahun 2010," ujarnya kepada pemberita, semalam.

Sesi pandu uji tersebut julung kali dibuat sejak kenderaan itu sampai di bandar raya ini pada Ahad lepas.

Ia bagi memperoleh lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan supaya ia dapat beroperasi sepenuhnya untuk tujuan pelancongan negeri Terengganu. 

"Sesi pandu uji di darat dan air bas Amphicoach pada hari ini (kelmarin) berjalan lancar dan ia dipandu pada kelajuan sehingga enam knot sejam menyelusuri Sungai Terengganu," ujarnya.

Menurutnya, kedatangan beliau ke Terengganu adalah untuk menyediakan latihan penyelenggaraan dan pemanduan selain beberapa hal berkaitan.

“Ini merupakan lawatan pertama saya, tapi saya pasti akan mengadakan lawatan yang lebih lama untuk tujuan ini di masa hadapan sebaik semuanya telah lulus.

“Saya akan berada di Terengganu selama 3 hari, dan saya bercadang untuk datang semula untuk lebih kurang 7 hingga 10 hari," ujarnya.

Kenderaan yang mampu bergerak di darat dan air itu disaksikan menyelusuri Sungai Terengganu dari Kampung Losong Feri hingga Taman Taman Islam sepanjang tempoh lebih kurang 45 minit.

Stephen menjelaskan, bas itu turut memiliki gayanya yang tersendiri, tidak hanya menawarkan keselesaan yang serupa seperti bas biasa, ia juga sebuah bas dua alam yang unik dan tiada di lokasi lain.

“Bas ini digerakkan oleh enjin jenis MAN 300 kuasakuda dengan jet marin berkembar, panjang 12 meter dan sebaik kami selesai memandu ujinya, kelajuan dalam air mencapai 6 knot dan kami merasa berbangga bas ini merupakan yang pertama di Malaysia. 

“Bas ini mempunyai kualiti yang tinggi dengan pelbagai spesifikasi dan kemampuan berfungsi di darat mahupun air.

“Penyelenggaraannya mengikut piawaian dan disertakan bersama latihan serta penyelenggaraan yang biasa dan mampu dilakukan dengan latihan yang diberikan , ianya tiada masalah.

“Ianya sangat menyeronokkan, sangat hebat apabila menyelusuri Masjid Kristal dan salah satu perkara yang saya ingin lakukan sebelum sampai ke sini, saya gembira dapat melakukannya dan berjalan dengan lancar", jelasnya.

Dalam pada itu, orang awam berpan­dang­an dengan wujudnya kenderaan amfibia ini mampu memeriahkan lagi sektor pelancongan negeri dan sekaligus menyangkal persepsi negatif masyarakat terhadap usaha terbabit.

Bas Amphicoach bakal dipamerkan semasa ekspo Terengganu 2018 pada 25 Februari hingga 3 Mac ini.

Sumber berita: Kosmo Online & Terengganu Times

Previous
Next Post »
loading...