
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) meluluskan 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi menawarkan perkhidmatan pakej haji bagi musim haji 1439H/2018M.
Mereka yang telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji disarankan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan hanya oleh PJH.
“Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” kata TH dalam
Sehubungan itu, TH meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah atau ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji.
Senarai PJH yang menerima lesen daripada TH boleh diperoleh dari mana-mana Pejabat Cawangan TH atau dengan melayari laman sesawang TH di http://ift.tt/1ntZMcN atau menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji talian 03-6207 1919. – BERNAMA
Loading...

Termasuk Kuala Lumpur, Rami Terpaksa Tarik Diri Da ...

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama ...

Adakah Terdapat Cahaya Di Hujung Terowong? ...

Pm Anwar, Menteri Perpaduan Ucap Tahniah Kepada Pa ...