
KOTA KINABALU – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan 82 individu dalam Operasi Sarang Khas hari ini kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Ketuanya Supt Mohamed Fadzil A. Rahman berkata operasi tiga jam sejak 6 pagi itu diadakan sekitar Kampung Cenderamata 2 dekat sini susulan aduan kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan itu sejak tahun lepas.
Daripada 82 individu yang berumur 30-45 tahun itu, 20 didapati positif dadah melibatkan 19 lelaki dan seorang perempuan.
“Dua daripada tangkapan yang positif dadah pula turut dikenal pasti sebagai orang yang dikehendaki polis bagi
Fadzil berkata operasi yang pertama kali diadakan di Sabah itu bertujuan melaksanakan ‘pembersihan’ kawasan yang sering dijadikan pilihan mereka yang terlibat dalam kegiatan dadah.
Katanya operasi itu turut melibatkan Pasukan Khas Rapid Team Sabah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Sabah Electricity Sdn Bhd, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin. – BERNAMA
*Sekadar Gambar Hiasan..
Loading...

Sidang Kemuncak Asean Ke-46 : Tarikh, Lokasi & ...

10 Idea Dekorasi Rumah Bajet Bawah Rm100 Tapi Namp ...

Jelajah Hello Miri Di Sarawak: 3 Hari Penuh Bintan ...

Rekod Awal The Holy Night: Demon Hunters Buruk D ...