loading...

Resepi daging masak kicap simple dan mudah

Artikel ini adalah milik Tempias Hawa untuk group facebook masak apa hari ini. Kami telah mengulangsiar resepi ini agar mudah untuk anda semua mengikuti resepi ini dengan lebih jelas dan teratur sambil melakukan masakan ini. Di harap perkongsian ini membantu dan memberi manfaat kepada anda yang sedang cuba belajar memasak di luar sana.

Daging masak kicap adalah masakan ringkas dan mudah yang boleh dimakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, kanak-kanak dan remaja. Hidangan ini biasanya dibuat oleh individu bujang kerana ianya sangat mudah, simple, sedap, dan sangat senang untuk disediakan. Tidak memerlukan masa yang lama untuk memasak. Semua orang boleh memasak! Ikuti langkah ini.

Aturan penyediaan

daging masak kicap daging dipotong dadu

1 Kilo Daging (Kalau nak lebih sedap dan lembut, gunakan Daging Batang Pinang). Potong daging nipis ataupun dalam bentuk dadu. Pastikan tidak terlalu kecil. Kalau jadi daging cincang, dah tak dipanggil daging masak kicap. Itu dipanggil 'pakapau'

bahan perapan daging masak kicap

Bahan perapan

  • 4 Sudu besar Kicap Mudim atau Jalen. Kalau nak letak banyak lagi bagus dan lagi sedap
  • 3 Sudu besar gula
  • 2 Biji cili atau cabai Melaka (Boleh digantikan dengan serbuk lada)
  • Garam secukup rasa (Jangan terlampau banyak sekiranya kicap sudah masin)
  • Kulit kayu manis saiz sederhana
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • Serbuk Hilal atau Pati Sedap Knorr Secukup Rasa

Gaulkan kesemua bahan yang disebutkan di atas. Dan perap lebih kurang 20 minit. Kalau nak lebih sedap, perap seharian pun boleh. Bergantung berapa lama anda sanggup luangkan untuk proses perapan. 

Bagi anda yang tak banyak masa, bolehlah gaulkan daging dengan bahan perapan, kemudian terus ke proses memasak

bawang kecil bawang putih cili cabai melaka halia dihiris

Bahan tumisan

  • 10 Ulas bawang kecil (Lagi banyak lagi sedap)
  • 3 Ulas bawang putih
  • 3 Cili atau cabai Melaka (Boleh ganti dengan serbuk lada)
  • 3 Hiris Halia yang dihiris kecil-kecil

cara sediakan bahan tumisan daging masak kicap

  • Hiris halus bawang kecil, bawang putih dan juga halia.
  • Kalau nak pedas, cili melaka tu dihiris pada tengah
  • 1 biji Cili Hidup Besar utk hiasan

tumis kesemua bahan

Tumis kesemua bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau wangi aromanya dan bertukar warna kepada agak kekuningan. Jangan terlalu hangit ya kawan-kawan.

masukkan daging perap ke dalam tumisan

Masukan daging yang telah diperap sebentar tadi. Gaulkan sekali bersama-sama bahan tumisan. Gaul sehingga sebati seperti air dan lautan ataupun sebati seperti irama dan lagu.

biarkan sehingga pecah minyak 272

  • Tunggu dan biarkan sehingga pecah minyak
  • Masukkan sedikit air. Pastikan sedikit air sahaja kerana air jus dari dalam daging akan keluar
  • Masukkan cili melaka bagi yang suka makanan pedas. 
  • Gaulkan sehingga sebati dan sekata
  • Tutup periuk
  • biarkan lebih kurang 15 minit menggunakan api yang kecil supaya daging lebih lembut dan empuk

daging masak kicap sudah boleh dihidangkan

Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Daging masak kicap Batang Pinang (Version 2)

Bahan-bahan

  • 1kg daging batang pinang
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang holland
  • Daun limau purut
  • Bunga lawang/kayu manis/buah pelaga
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Cili padi/cili merah

Cara penyediaan 

  • Tumis bawang. Kisar sampai garing dan kekuningan.
  • Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan kayu manis, bunga lawang, pelaga
  • Masukkan daging batang pinang, masukkan serai, daun limau purut. Gaul rata sampai mendidih.
  • Masukkan kicap, sos cili. Biarkan sekejap. Bila dah pekat tambah lagi air sedikit demi sedikit, tambah lagi kicap.

Daging batang pinang ni cepat lembut dan empuk. Jadi anda tak perlu rebus dulu sebelum measak. Bila dah mendidih, masukkan bawang holland, cili merah hiris, cili padi. Gaul rata kesemuanya. Masak sehingga sampai adunan jadi agak pekat dan kekeringan.

Previous
Next Post »
loading...