Umumnya kereta yang bersaiz kecil sangat rumit dibina untuk bergerak di atas jalan raya. Kenderaan tersebut ditetapkan sebagai kereta bandar, mini dan mikro. Pengeluar kereta sentiasa obses dengan idea keupayaan pada ruang dan penggunaan bahan api. Selepas perang dunia, masyarakat Eropah gemar menggunakan kereta jenis sebegini.
Kereta yang termasuk dalam senarai ini bukan sahaja kurang dari segi ketinggian dan berat, malah kebanyakannya hanya beroda tiga. Namun, ia sama sekali tidak dicipta buat golongan kanak-kanak. Ia adalah kereta sebenar yang boleh bergerak di atas jalan raya. Malah, ia direka khas untuk persekitaran bandar di mana tempat letak kereta adalah terhad.
Pada masa kini, kereta kecil dipasangkan dengan tenaga elektrik. Hakikatnya, sejak zaman dahulu lagi, pengilang memahami wujudnya pasaran kereta sebegini. Berikut adalah 10 senarai kereta terkecil di dunia.
Nota: Ukuran dimensi mengikut formula "panjang x lebar x tinggi".
10. Autobianchi Bianchina Transformabile
Sumber foto: youtube
Ukuran dimensi: 117.5" x 53" x 52"
Kereta kecil ini dihasilkan oleh syarikat Itali, Autobianchi Bianchina. Model ini dikendalikan antara tahun 1957 hingga 1970. Berdasarkan Fiat 500, Bianchina Transformabile adalah model Autobianchi yang paling kecil. Enjinnya adalah 15 hp, tetapi kemudian dinaik taraf kepada 17 hp.
9. Isetta
Sumber foto: dope.gr
Ukuran dimensi: 88.6" x 52.8" x 52"
Isetta dibuat oleh syarikat Itali, Iso dari tahun 1953 hingga 1955. Model ini pada waktu itu digunakan di beberapa negara seperti Sepanyol, Belgium, Perancis, United Kingdom dan lain-lain. Oleh kerana bentuknya seperti telur dan tingkapnya seperti gelembung, ia turut dikenali sebagai "kereta gelembung". Kereta yang jarang ditemui ini dibina dengan enjin 9 hp berkelajuan maksimum sehingga 53 bsj (85km/j).
8. Corbin Sparrow
Sumber foto: log_gatos.ca.us
Ukuran dimensi: 96" x 48" x 57"
Kereta mikro bateri elektrik yang mempunyai tiga roda ini dibina oleh Corbin Motors dari tahun 1999 hingga 2003. Kini, ia dioperasikan oleh Mayer's Motors sejak tahun 2004. Dua model telah dihasilkan iaitu model asal satu pintu, Jelly Bean dan dua pintu, Pizza Butt. Pizza Butt direka khas untuk jenama pizza terkemuka, Domino's. Kereta yang kelihatan seperti burung pipit ini mendapat 32 hingga 64 km (20 hingga 40 batu) per caj dengan kelajuan maksimum 112km/j.
7. The Tango T600
Sumber foto: hybridcars.com
Ukuran dimensi: 102" x 61" x 39"
Kereta ini dikilangkan oleh kereta komputer. Kereta elektrik ini lebih berat daripada kereta mikro yang lain. Beratnya adalah 3,326 paun atau bersamaan dengan 1508 kg. Ia mendapat 100 batu per caj pada kelajuan 70 bsj.
6. Elva MK VI
Sumber foto: wikimedia
Ukuran dimensi: 141" x 57" x 26"
Elva adalah syarikat pembuatan kereta lumba dan sport yang berpusat di United Kingdom. Syarikat ini diasaskan oleh Frank G. Nicholas pada tahun 1955. Salah sebuah kereta sport paling cool ini pernah digunakan oleh raja rock n' roll, Elvis Presley dalam filem lakonannya yang berjudul Viva Las Vegas pada tahun 1964. Kereta kecil tetapi pantas ini memaparkan enjin empat silinder 1.1 liter, yang menghasilkan sekitar 90 hp. Namun, hanya kira-kira 30 unit model ini pernah dihasilkan.
5. Peel P50
Sumber foto: pinterest
Ukuran dimensi: 53" x 39" x 53"
Peel P50 adalah kereta mikro tiga roda yang dikilangkan dari tahun 1962 hingga 1965 oleh Peel Engineering Company. Peel P50 tidak mempunyai gear undur. Oleh itu, terdapat pemegang yang mudah di bahagian belakang, supaya pemandu boleh keluar dan memusingkan kereta itu jika perlu. Menurut rekod dunia Guinness, ia bukan lagi kereta terkecil di dunia.
4. Brütsch Mopetta
Sumber foto: therichest.com
Ukuran dimensi: 67" x 35" x 42.5"
Brütsch Mopetta adalah kereta mikro berbentuk seperti telur yang dibina oleh Egon Brütsch Fahrzeugbau, pada tahun 1956 hingga 1958. Mopetta mempunyai tempat duduk tunggal serta tiga roda, dengan satu roda terletak di bahagian depan. Kereta kecil ini dibina untuk pameran basikal dan motosikal antarabangsa pada tahun 1956. Hanya 14 versi model ini yang pernah dikeluarkan.
3. Mirai
Sumber foto: gocompare.com
Ukuran dimensi: 98" x 49" x 17.79"
Mirai dibangunkan oleh pelajar Okayama Sanyo High school di Jepun. Mirai merupakan sebuah kereta tenaga elektrik. Ia kini dianggap sebagai kereta paling rendah di dunia. Kereta sporty ini sebenarnya bukan sebuah kereta komputer. Ia boleh mendapat 80 km dalam per caj, dengan kelajuan maksimum 30 km/j. Perkataan "Mirai" dalam bahasa Jepun bermaksud masa depan.
2. Eshelman Sport Car De Luxe
Sumber foto: flickr
Ukuran dimensi: 54" x 24" x 23"
De Luxe dikeluarkan pada tahun 1953 hingga 1961, oleh syarikat Cheston L. Eshelman yang terletak di Maryland. Ia menghasilkan kereta kecil buat golongan kanak-kanak dan orang dewasa. De Luxe untuk golongan dewasa adalah kereta satu tempat duduk pemacu belakang dengan enjin Briggs and Stratton satu silinder 6 kW. Model ini adalah salah sebuah kereta paling sempit dan kedua terpendek yang pernah wujud di dunia.
1. Coulson Car
Sumber foto: motor1.com
Ukuran dimensi: 49.79" x 25.75" x 25"
Menurut rekod dunia Guinness, kenderaan beroda empat yang direka khas oleh Austin Coulson ini adalah kereta terkecil di dunia. Pereka kereta dari Arizona ini begitu obses dengan rekod dunia Guinness sejak kecil. Malah, kereta ini sah di sisi undang-undang. Ia telah dilesenkan sebagai kereta berkelajuan rendah semaksimum 33 bsj.
Rujukan:
1. Stuntastic
2. Web2Carz