loading...

Kes Sofi Jikan, Ini Respon Adiknya

kes sofi jikan ini respon adiknya 1

Kredit foto: BH Online

Adik aktor Sofi Jikan, Shaiful Jikan memohon agar pihaknya diberi ruang untuk menyelesaikan kes yang menimpa aktor itu.

Di kesempatan sama, Shaiful berharap peminat Sofi dapat mendoakan kelancaran kes berkenaan.

"Maaf ya, bagi ruang kepada kami untuk selesaikan dahulu. Semoga semua urusan dipermudahkan dan baik-baik sahaja," katanya kepada Mstar Online.

Selasa lalu, Sofi diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara, jam 11 malam kerana didapati positif ganja, selepas memberi keterangan susulan laporan polis dibuat aktor Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

kes sofi jikan ini respon adiknya 2

Kredit foto: Mstar

Dalam pada itu, Shaiful enggan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan abangnya menganiaya Farid dengan meletakkan dadah dalam minuman.

"Saya tiada komen tentang itu kerana ia masih dalam siasatan polis," katanya.

Sebelum ini, Farid mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan tiga rakan artis apabila minumannya dicemarkan dengan dadah, dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. 

Manakala pada Rabu, Sofi ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Sumber berita: Mstar

Previous
Next Post »
loading...