loading...

6 Surah Palsu Al-Quran Yang Dicipta Manusia Untuk Mengelirukan Umat Islam

6 surah palsu al quran yang dicipta manusia untuk mengelirukan umat islam 4sp44

Ramai juga rakyat Malaysia yang gemar membeli buku-buku rujukan agama Islam dari Indonesia, berikutan penerbitan di sana yang nampak lebih rancak bagi memenuhi permintaan masyarakat Indonesia, selaku komuniti terbesar masyarakat Islam di dunia.

Bagaimanapun, berlaku satu penyebaran versi al-Quran yang dikatakan ada berlaku penambahan dengan wujudnya kemasukan 4 surah tambahan dalam versi al-Quran tersebut. Menurut penyiasatan, terdapat hampir 12 surah palsu yang dicipta untuk ditambah dalam beberapa cetakan Al-Quran, namun ada 4 yang cukup terkenal dan dkenalpasti paling banyak disebar. Tahukah anda mengenai kewujudan 4 surah ini?

1. Al-Iman (Kepercayaan)

6 surah palsu al quran yang dicipta manusia untuk mengelirukan umat islam 4sp89

'Surah al-Iman' menceritakan berkenaan kisah pengikut Nabi Isa as. yang sedang belayar di atas lautan dengan ombak besar melanda mereka. Dalam kepayahan mereka, mereka ternampak kelibat Nabi Isa sedang berjalan air, yang membuatkan mereka mempersoalkan keadilan Tuhan. Mendengar keluhan mereka, Tuhan pun menegur mereka dan mengingatkan mereka tentang kekuasaan-Nya. Berkat daripada itu, mereka pun diberikan kebolehan untuk berjalan di atas air yang membuatkan mereka terselamat dan mengucapkan syukur.

Isu 'surah' ini : manusia biasa boleh berkomunikasi dengan Tuhan secara terus. Jika anda membaca surah ini, sukar untuk dikenalpasti sama ada mereka itu sedang memohon kepada Tuhan ataupun kepada anak Tuhan. Yang paling jelas, pembohongan paling besar adalah apabila manusia biasa diberikan mukjizat oleh Tuhan.

2. Al-Muslimun

6 surah palsu al quran yang dicipta manusia untuk mengelirukan umat islam 4sp51

Surah Al-Muslimun ini berkisar kepada 'peringatan' yang diberikan kepada kaum Muslimin berikutan ketidak percayaan mereka kepada Allah dan Nabi Isa as, serta diperingatkan apa balasannya jika Muslimin tidak mempercayai kebenaran Nabi Isa as.

Kemudian Tuhan dalam surah ini menegur Nabi Muhammad saw. kerana telah menyesatkan kaum Muslimin meninggalkan amalan yang dibawa oleh Nabi Isa as.

Pada peringkat akhir surah ini, Nabi Muhammad saw. dikatakan memohon maaf kepada Allah swt. atas kesilapannya menyesatkan orang Islam dan menyesal kerana berjaya dihasut godaan syaitan.

Isu 'surah' ini : Rasanya sudah jelas di mana pembohongan surah ini dilakukan. Rasulullah saw. adalah seorang yang terpelihara daripada dosa dan tidak mungkin berjaya diperdayakan syaitan, begitulah juga para Rasul yang lain.

3. Al-Tasajjud (Penjelmaan)

6 surah palsu al quran yang dicipta manusia untuk mengelirukan umat islam 4sp42

Kisah yang dipaparkan dalam 'surah' ini pula lebih kepada memperingatkan umat Islam berkenaan kekuasaan Allah swt. menjadikan apa saja yang dirasakan mustahil dilakukan.

'Surah' ini cuba mengajak umat Islam untuk menerima konsep Nabi Isa as. bukanlah seorang anak kepada Tuhan, tetapi sebenarnya telah pun menjadi sebahagian daripada Allah itu sendiri sejak mula lagi.

Kemudian Nabi Isa as. dikatakan dihantar kepada kalangan manusia untuk bercampur gaul dan hidup di kalangan manusia, lalu meninggal di kalangan manusia juga sebelum diangkat 3 hari selepas kematiannya. Isi surah ini cuba memujuk umat Islam untuk menerima konsep Nabi Isa as. itu adalah anak Tuhan dan sesiapa yang tidak mempercayai konsep ini, bersedialah untuk berdepan kemurkaan Allah swt.

Isu 'surah' ini : Konsep Nabi Isa as. sebagai anak Tuhan dan juga sebahagian daripada Tuhan merupakan satu kesalahan akidah yang jelas.

4. Al-Wasaya (Perintah)

6 surah palsu al quran yang dicipta manusia untuk mengelirukan umat islam

Salah satu surah palsu paling pelik yang ada. Kandungannya berkisar kepada perintah-perintah yang dikatakan datang daripada Allah swt. yang bersifat sangat spesifik. Dalam 'surah' ini diletakkan panduan untuk menguap dan larangan meletak gambar anjing di dinding, sebelum mula mengarut dengan larangan keras terhadap dosa besar memakai kasut dengan kaki kiri terlebih dahulu.

Selain itu, dalam surah ini juga terkandung suruhan orang Muslimin untuk menyerang dan membunuh sesiapa saja kaum yang dikatakan golongan munafik. Selain itu, bersumpah dengan nama Allah digalakkan.

Isu 'surah' ini : Banyak perintah yang disebut dalam 'surah' ini sebenarnya adalah perkara-perkara yang perlu dielakkan.

5. Al-Nurayn dan Al-Wilaya

6 surah palsu al quran yang dicipta manusia untuk mengelirukan umat islam

Dua surah ini sudah lama wujud pada kurun ke 17, dengan kedua-duanya dikatakan datang daripada seorang penulis tidak diketahui dari India. Setakat yang diketahui, belum ada lagi mana-mana versi al-Quran yang mempunyai dua surah ini di dalamnya.

Dikatakan ditulis oleh pengikut fahaman Syiah yang mengagungkan khalifah ke empat selepas kewafatan Baginda Rasulullah saw. berikutan nama Ali bin Abi Talib disebut dalam kedua-dua surah ini.

Surah Al-Nurayn yang membawa maksud 'cahaya' menceritakan tentang dua cahaya yang akan melindungi orang Islam dan menjadi penunjuk kepada jalan yang benar. Dalam 'surah' tersebut, nama Saidina Ali disebut sebagai seorang yang alim yang sentiasa berdoa setiap malam agar Allah mengampunkan dosa-dosa orang Muslim.

Kandungan dalam surah Al-Wilaya pula hampir serupa dengan kandungan surah Al-Nurayn dari segi temanya; beberapa peringatan terhadap hari Akhirat dan peringatan kepada mereka yang tidak mempercayai kandungan al-Quran. Surah tersebut diakhiri dengan pujian kepada Allah dan juga Ali sebagai saksi yang golongan Muslim haruslah tunduk pada Allah swt.


4 surah yang kami kongsikan di atas dikatakan disebarkan dalam salah satu cetakan Quran di Indonesia, namun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah ini, sama ada benar-benar telah diedarkan atau tidak. Surah Al-Nurayn dan surah Al-Wilaya pula telah pun diperdebatkan semenjak kemunculannya dan diakui adalah surah-surah palsu.

Tujuan kami berkongsikan berkenaan isu ini hanyalah untuk kita bersama-sama mempunyai sedikit pengetahuan untuk mengenalpasti surah-surah palsu yang ada dan dikatakan kerap diletakkan di dalam sumber-sumber rujukan al-Quran dalam internet, yang amat mudah dibangunkan oleh sesiapa saja.

Beberapa pautan laman rujukan al-Quran yang ada dan pernah memaparkan surah-surah ini sudahpun tidak lagi beroperasi, tetapi adalah lebih baik kita mengetahui sendiri nama-nama 'surah' ini agar kita tidak leka dan membacanya, tanpa sedar surah yang kita baca itu sebenarnya hasil ciptaan manusia belaka.

Selain enam ini, terdapat beberapa lagi buah surah yang ada yang dinamakan Al-Hayat, Al-Afdal, Al-Mukataa, Al-Kitab, Al-Usfoor, An-Nabi dan Ad-Du'a, yang dikatakan berlegar-legar di internet. Berhati-hatilah dalam membeli sumber rujukan yang tidak kita ketahui pihak yang tidak dikenali penerbitannya. Sukar untuk dibendung dalam dunia yang bersifat tanpa sempadan, jadi kita perlulah lebih bijak dalam meneliti masalah ini.

Previous
Next Post »
loading...