loading...

“Dengan hantaran 5 juta Yuan dan ferrari, pemuda itu berjaya kumiliki”

Tidak sedikit wanita di luar sana yang memiliki paras tidak menarik masih hidup berseorangan kerana tidak berjaya mencari pasangan yang sudi menerima diri mereka seadanya. Harapan untuk mendapat jodoh ini semakin sukar apabila umur semakin meningkat lantaran penambilan fizikal yang semakin ‘buruk’ dimamah usia.

Tapi lain pula ceritanya dengan seorang wanita berusia 38 tahun berpenampilan tidak menarik bersatus janda. Dia bukan sekadar mampu mendapat jodoh, malah yang lebih membuat perempuan lain cemburu dengannya, suami yang baru dinikahinya baru berusia 23 tahun dan tampan seperti model.

PERSOALANNYA bagaimana dia mampu memperoleh pucuk muda setampan model ini? Jawapannya TERLETAK DI DALAM POKETNYA! Walaupun berpenampilan tidak menarik, TAPI dia memiliki harta! Kapal di laut, gedung di darat!

Khabarnya semasa berbincang soal perkahwinan, demi menunjukkan rasa cintanya, dia sanggup membayar duit hantaran kepada sang lelaki sebanyak 660,000 Yuan (RM412,000), beberapa buah/ bidang hartanah, kereta ferrari… semuanya berjumlah 5 juta Yuan (RM3,14 juta)!

Perkahwinan ini bagaimanapun mendapat kritikan netizen. Kononnya kerana tamakkan harta keluarga lelaki sanggup menjual anak mereka kepada wanita kaya tersebut. TAPI bagi pengantin lelaki, dia punya alasan tersendiri untuk mengahwini wanita ‘pujaan’ hatinya ini. Hal ini demikian kerana buah hatinya itu sedang mengandung hasil ‘cinta kasih’ mereka.

Ya… kerana rasa ‘cintanya yang mendalam’ terhadap si janda kaya ini, dia sanggup bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak mereka yang akan dilahirkan kelak!

Kalaulah si wanita tidak memiliki harta, sanggupkah pemuda tampan ini menghamili dan mengahwininya?  😀  😀

Previous
Next Post »
loading...