
GEORGE TOW – Pengunjung sebuah pasar raya di sini lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri selepas bumbung pasar raya dua tingkat itu diterbangkan oleh angin puting beliung dalam kejadian di Bandar Baru Air Itam, di sini, hari ini.
Ketika kejadian jam 2.40 petang itu, orang ramai sedang sibuk membeli keperluan untuk menyambut Tahun Baharu CIna esok.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinangberkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 petang dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian. “Sebaik tiba orang ramai dilihat sudah berkumpul di luar pasar raya itu dan kebanyakkan pengunjung masih terkejut serta panik kerana menyangka bangunan akan runtuh,” katanya.
Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam
Sementara itu, seorang pengunjung, Teh Sim Chong,43, berkata semasa kejadian beliau sedang memilih beberapa barangan di bahagian sejuk beku kerana mahu dijadikan juadah jamuan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina malam ini.
“Mula-mula saya dengar angin kuat, lepas itu bunyi kuat macam bangunan hendak runtuh dan dalam masa yang sama ramai orang dalam pasar raya lari kerana takut.
“Saya terus lari keluar dari pasar raya kerana bimbang bangunan runtuh, bila dah keluar baru tahu bumbung bangunan (pasar raya) diterbangkan puting beliung. Tapi nasib baik tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu,” katanya. – BERNAMA
Loading...

Neelofa : Setiap Sujud Saya Mohon Satu Doa ...

Penyewa Akui Trauma, Tidak Mahu Tinggal Di Putra H ...

Llama 4: Ai Baharu Meta Yang Kurang Berat Sebelah ...

Ira Kazar Mengaku Jahil [video] ...