loading...

Budak Perempuan 3 Tahun Ditahan Kerana Rompakan Bersenjata?

Di Uttar Pradesh, India, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun telah ditahan kerana dituduh melakukan rompakan bersenjata terhadap jirannya.

Beberapa orang anggota polis yang lengkap bersenjata telah datang ke rumah keluarga kanak-kanak yang dikenali sebagai Guddi lalu menyuruhnya menyerah diri. Sudah tentu ibubapa Guddi tidak mahu menyerahkan anak mereka. Tetapi polis tetap berkeras mahu menahan dan membawa Guddi ke balai.

Akur dengan arahan polis, akhirnya Guddi diserahkan. Melihat suspek cuma seorang anak kecil yang tidak berdaya, pihak polis merasa ragu dengan aduan yang diterima.

Setelah disiasat rupanya aduan palsu itu telah dilakukan oleh jiran yang sudah lama bertelingkah dengan mereka. Menurut ayah Guddi ini adalah laporan kedua yang dilakukan oleh mereka. Semasa Guddi berusia dua tahun, mereka pernah melakukan aduan yang sama. Pihak mahkamah mengambil masa selama dua bulan untuk menggugurkan dakwaan terhadap Guddi.

Menurut Timbalan Ketua Polis, Prasadh Kumar, kedua belah keluarga ini sudah lama bermusuhan.

“Kedua belah keluarga ini sering berkelahi dan membuat laporan polis antara satu sama lain. Mereka sangat miskin ibarat kais pagi makan pagi. Selalunya pertelingkahan berlaku semasa ahli keluarga lelaki keluar bekerja. Biasanya pertengkaran mulut berakhir dengan kaki dan tangan,” ujarnya.

Kadang-kadang cara orang membalas dendam memang pelik. Tidak pasal-pasal pihak berkuasa terheret sama dalam kebodohan mereka. Kesian Guddi, usia baru sebulan jagung sudah ada ‘rekod jenayah.’  😀

Previous
Next Post »
loading...