Gejala membuang bayi yang baru dilahirkan bukan sekadar berlaku di Malaysia. Ia turut berlaku di serata dunia.
Misalnya di India, seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan cukup bertuah apabila berjaya diselamatkan apabila ditanam oleh ibunya sejurus selepas dilahirkan.
Bayi malang tersebut bernasib baik apabila seorang murid perempuan dari Odisha timur India telah terlihat kaki kecil terlulur keluar dari tanah sedang bergerak-gerak.
Tanpa berlengah dia segera memberitahu ibubapanya. Beberapa orang kampong segera mengorek tanah dan menyelamatkan bayi tersebut, kemudian dihantar ke hospital. Bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilaporkan stabil.