loading...

Anugerah Juara Lagu Malam Ini, Suara Ara Johari Pula Tidak Keluar

anugerah juara lagu malam ini suara ara johari pula tidak keluar 1

Kredit foto: Harian Metro

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32), Ara Johari sedang mengalami masalah vokal hingga gagal menyanyikan lagunya dengan baik.

Bintang kelahiran Akademi Fantasia 2016 (AF2016) itu akur sekiranya persembahan beliau meranapkan harapan peminat malam ini.

Bercerita lanjut, Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari berkata, masalah itu sudah berlarutan selama lima hari.

“Masalah suara ini berlaku sejak lima hari lalu. Lebih teruk sejak tiga hari lalu apabila suara tidak keluar ketika latihan bersama pemuzik.

“Ketika sesi latihan penuh pertama semalam, saya cuba dan paksa juga untuk menyanyi. Hasilnya seperti yang didengar semua orang yang datang menonton," katanya kepada portal Harian Metro.

Mengenang nasib yang bakal menimpanya dalam kemunculan sulung di pentas berprestij itu, penyanyi berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini hanya mampu berserah. 

anugerah juara lagu malam ini suara ara johari pula tidak keluar 2

Kredit foto: Instagram Ara Johari

“Dalam keadaan sekarang, saya reda dan berserah saja. Saya anggap ini ujian untuk saya menjelang kemuncak AJL malam ini,” katanya.

Begitupun, Ara yang terlebih dahulu mendapatkan pemeriksaan doktor, akui tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

“Saya sudah buat pemeriksaan doktor, tetapi difahamkan tekak saya tidak bengkak atau luka. Saya pun tidak tahu sebab apa, sebab ia berlaku secara tiba-tiba.

“Saya juga sudah mengamalkan beberapa petua diberikan peminat dan mengambil ubat. Namun, masih belum sembuh juga.

“Perkara sudah nak jadi, saya tak boleh buat apa pun. Apa saya boleh buat sekarang, fokus dan cuba menyanyi sebaik mungkin. Terima kasih atas sokongan semua,” katanya.

Warkah Untukku merupakan karya ciptaan Hang Nadim atau Akim Ahmad, bakal dipentaskan Ara dalam persaingan AJL di Arena Axiata Bukit Jalil, jam 9 malam ini.

Sumber berita: Harian Metro

Previous
Next Post »
loading...