Kredit foto: mynewshub.cc
Tidak dinafikan, apa sahaja aksi yang ditampilkan pelakon Iqram Dinzly seringkali menjadi bualan hangat netizen.
Dalam perkembangan terbaru, artis lelaki berasal dari Ipoh, Perak itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila tampil mengiringi persembahan Hael Husaini selepas penyanyi itu diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-32 pada malam Ahad.
Iqram berlari ke pentas secara mengejut sebelum menari ala 'ballet' sambil aksinya itu
Lebih menarik, Hael kelihatan 'sporting' melayan kunjungan Iqram buat seketika sebelum aktor itu turun pentas semula.
Biarpun muncul dalam tempoh singkat, namun kehadirannya memberi impak besar buat penonton, baik di Axiata Arena mahupun yang mengikutinya di rumah.
Mana tidaknya, video aksinya itu menjadi tular dalam sekelip mata sejak semalam serta ligat dikongsi orang ramai di media sosial.
Kredit video: Youtube DivaGojes 17
Sumber berita: Sinar Harian

Luar Biasa Sokongan Orang Sarawak! 6,000 Penonton ...

Janna Nick Kesal Soalan Perempuan G*la Disalah A ...

Kadar Kelahiran Di Malaysia Turun 11.5%, Suku Pert ...

Ydp Agong Reka Bot Selam Canggih, Turun Pandu Uji ...