Kredit foto: Beautifulnara
Isu penahanan Datuk Farid Kamil dihangatkan lagi dengan penularan sebuah video Bigo Live.
Dikatakan, video siaran langsung Farid bersama aktor Sofi Jikan itu dirakamkan beberapa jam sebelum Farid berkelakuan aneh dan mengamuk di balai polis.
Isi kandung video berkenaan memaparkan Farid mengulas tentang aktiviti kerjaya seninya dalam drama dan filem terbaru.
Pun begitu, sesetengah pihak mendakwa perlakuan Farid dalam rakaman berkenaan agak 'pelik' dan seperti sedang berkhayal.
Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.
Selain itu, Farid juga dilihat enggan mengulas soal politik meskipun ada yang memintanya menjawab tentang isu tersebut.
Berikut kami kongsikan rakaman yang dimaksudkan.