loading...

Nabila Razali Akui Iman Goyah Masa Mula Berhijab

Penyanyi lagu si Pematah Hati ini semakin menjadi dikenali ramai dan kini sinonim dengan panggilan ‘cumi-cumi’.

Gimik ditinggalkan kekasih untuk pelancaran muzik video lagu Pematah Hati ternyata memberi impak luar biasa dan kini mendapat tontonan mencecah 12 juta.

Bukan itu saja, gaya hijabnya kini menjadi ikutan ramai. Siapa cakap berhijab tak boleh bergaya dan stailo.

Dalam satu temubual baru-baru ini, Nabila mengakui hatinya pernah goyah sewaktu mula-mula berhijab pada tahun 2002. Baginya bukan mudah untuk menjaga penampilan sebagai gadis muslimah.

“Sebelum berhijab ramai yang terlalu senang dekat dengan saya dan tidak menjaga batas pergaulan. Ada juga rakan yang menyindir bila saya mahu menjalankan kewajipan sebagai seorang muslimah.

“Kadang-kadang ada juga terbawa-bawa perangai lama. Lebih-lebih lagi jika dikelilingi rakan-rakan yang ‘hot’, kadang-kadang hati akan goyah juga. Tapi perlu lebih kuat dan kena berbalik semula kepada niat untuk berhijab.”

Tahun 2018, Nabila berazam untuk menjadi insan lebih baik untuk dunia dan akhirat.

Sumber: Hijabista



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...