loading...

Farid Kamil Tak Mahu Dianggap Larikan Anak

Kembali aktif di media sosial, semalam Farid Kamil ada memuat naik satu laporan polis dan khabarnya ia berkenaan dengan hal rumah tangga dengan isteri, Diana Danielle. Menurut sumber, laporan itu dibuat supaya Farid tidak dianggap melarikan anak-anak dari jagaan isteri.

BACA: Farid Kamil Buat Laporan Polis Pula Sebab … ?

“Tujuan Farid membuat laporan polis ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya sebarang tindakannya termasuk membenarkan adiknya memasuki rumah tidak dianggap menceroboh. Mengenai anak-anaknya pula, laporan tersebut membuktikan dia tidak melarikan mereka daripada jagaan Diana

“Farid telah membuat laporan awal di Balai Polis pada 18 Januari lalu, namun kes itu dirujuk ke Balai Polis Damansara kerana berdekatan dengan kediamannya,” jelas sumber itu kepada portal Astro Gempak.

Semalam, Farid telah memuat naik laporan berserta latar belakang Balai Polis Mutiara Damansara. Status yang dimuat naik itu mendapat perhatian rakan artis yang menyangka laporan itu membela nasib artis yang teraniaya.

Kami juga tidak pasti mana satu yang betul, adakah benar laporan itu mengenai rakan artis atau rumah tangga Farid dan Diana kini sedang bergolak? Jika masih ingat, ketika Farid ditahan polis dulu, adiknya, Fadzil Zahari pernah mendakwa Farid sudah lama tidak berjumpa anak-anaknya. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...