loading...

“Rasakan Suamiku! Terimalah Pembalasan Ini!”

Sejak berkahwin beberapa tahun yang lalu, hidupnya berendam airmata. Setiap hari makan hati berulam jantung. Anika (bukan nama sebenar) seringkali menjadi mangsa belasahan suaminya apabila pulang dalam keadaan mabuk. Setiap kali ingin berasmara kaki dan tangannya terlebih dulu singgah di tubuh Anika.

Kini setelah dikurniai dua orang anak, perangai sadis suaminya R. Ravinder 40 tahun tidak pernah berubah. Setiap kali mabuk, setiap kali itulah pasti berlaku perang mulut antara mereka. Kemudian akan berakhir dengan sepak terajang. Jiran-jiran berdekatan di Kampung Sirisadu, India Tengah sudah lali dengan karenah mereka berdua.

Pada suatu petang kira-kira pukul 1.15pm, suaminya pulang dalam keadaan mabuk. Seperti biasa perangai sadisnya mula muncul tatkala melihatnya sedang melakukan kerja-kerja rumah. Kebetulan dua orang anak mereka turut berada di sana.

Tanpa memperdulikan anak-anak di depan, suaminya mula menggatal. Anika dipeluk dan dicium. Sebagai seorang wanita yang waras dan bernaluri keibuan, dia tidak mahu perbuatan sadis ayah mereka dilihat di depan mata anak-anak. Lebih-lebih lagi hubungan asmara sama ada secara rela atau paksa tidak harus menjadi bahan tontonan.

Anika menolak ajakan suaminya. Tetapi tolakannya sia-sia apabila suaminya semakin galak meminta. Seperti biasa suaminya mula bertindak kasar mahu memperkosanya. Tidak sanggup didera dan dirogol di depan mata anak-anaknya, Anika nekad melakukan sesuatu!

Dalam serba kepayahan, Anika berjaya mencapai pisau dapur. Entah dari mana keberaniannya muncul, tanpa teragak-agak dia memotong kemaluan suaminnya sehingga terputus!

Ravinder yang begitu gagah, galak dan rakus sebentar tadi, kini bertukar lemah tidak berdaya. Darah memancut dan berjejeran mengalir dari celah pahanya.

Teriakannya telah menarik perhatian jiran-jiran terdekat. Akhirnya dia dibawa ke Hospital Kerajaan Jammikunta.

Sementara itu Anika ditahan oleh polis atas dakwaan mencederakan dengan niat. Apabila disoalsiasat polis, dia mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual dan keganasan rumahtangga sejak awal perkahwinan.

Kini keadaan Ravinder sudah beransur pulih. Tetapi pihak hospital tidak memaklumkan sama ada alat sulitnya berjaya disambung atau tidak.

Jadi buat para suami, jangan pandang rendah kebolehan wanita mengguna dan mengendalikan pisau dapur. Senjata ini bagaikan permainan bagi mereka yang setiap hari menggunakannya untuk memotong sayur-sayuran, daging dan ikan untuk dimasak.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...