loading...

Pengadil Kena Serang Atau Pemain Yang Tak Puas Hati?

PERGADUHAN semasa atau selepas tamat perlawanan bola sepak nampaknya tidak asing lagi dalam dunia sukan bola sepak di luar mahupun di dalam Malaysia.

Baru-baru ini, tular di internet apabila satu video yang menunjukkan pemain bola telah menyerang pengadil akibat tidak berpuas hati.

Difahamkan ketika itu sedang berlangsung perlawanan separuh akhir Terengganu Amateur League 2017 yang menyaksikan pertemuan akhir antara pasukan Pikat FA menentang PBSMT/ Lanjerket FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Namun, menurut komen yang ditinggalkan oleh akaun Bola Sepak Terengganu, sepertinya pasukan Lanjerket telah dikejar oleh pihak lawan selepas gol penyamaan pada minit terakhir dikatakan telah offsaid.

Tindakan pasukan Pikat FA yang telah menyerang pasukan lawan itu bagaimanapun boleh mengakibatkan keburukan dan merosakkan nama pasukan mereka sendiri.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan bahawa yang diserang itu ialah pengadil. Yang mana satu yang betul pun tak tahu sebab perlawanan itu tidak disiarkan di mana-mana saluran televisyen.

Disebabkan banyak percanggahan di dalam akaun Facebook tersebut, maka terjadilah pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan apabila masing-masing ingin mempertahankan pasukan mereka.

Bagaimanapun, keputusan akhir telah menunjukkan pasukan Pikat FA tewas di tangan pasukan PBSMT/ Lanjerket FC dengan keputusan 0-1.

Pemenang bakal bertemu dengan pasukan Real Chukai di final yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 25 November ini.

Macam-macma lah ragam kita boleh nampak waktu perlawanan bola sepak. Masing-masing tak boleh nak mengaku kalah dan akhirnya nanti sendiri yang melopong.

Tak dapat dinafikan juga bahawa sukan bola sepak diumpamakan seperti ibu segala sukan yang ada di dunia ini. Jadi sebab itu lah setiap pasukan mahu berikan yang terbaik buat kumpulan dan penyokong mereka. –MYNEWSHUB.CC / AH

Loading...

Previous
Next Post »
loading...