loading...

Jasad Tidak Diterima Bumi? Ini Penjelasan Dari Orang Kampung

Heboh dalam media sosial tentang penemuan mayat timbul terapung di Tanah Perkuburan Islam Gang Kenari, daerah Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia.

Rakaman video kejadian tersebut disebarkan dalam media dengan pelbagai spekulasi. Kononnya semasa hidup si mati melakukan dosa berat sehingga apabila meninggal jasadnya tidak diterima bumi.

Tidak kurang juga terdapat blog-blog picisan mereka-reka cerita kemudian dikaitkan pula dengan agama lalu dikongsi dalam laman sosial semata-mata mahu mendapat sensasi dan rating tinggi.

Malangnya ramai netizen mempercayai bulat-bulat berita palsu yang sengaja disensasikan ini.

Penyebar khabar angin ini tidak pun mengenali dan mengetahui latarbelakang si mati, terus saja mereka-reka cerita; dia buat banyak dosa sebab itu mayatnya timbul tidak diterima bumi.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku terhadap jasad insan malang ini?

Menurut salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Rio, dia menemui jenazah itu ketika sedang memotong rumput di kawasan tanah perkuburan tersebut, lalu memberitahu penduduk kampung.

Si mati dikenali sebagai Asna telah meninggal bulan lalu. Jasadnya naik ke permukaan tanah kerana kawasan itu dilanda banjir beberapa hari sebelum kejadian.

Kebetulan struktur tanah yang longgar dan lemah kerana masih baru ditanam ditambah pula dengan penghasilan gas dalam jasad akibat proses pereputan menyebabkan ia mudah timbul.

Kini jenazah telah dikebumikan semula hasil bantuan orang awam.

Sudah menjadi penyakit dalam jiwa manusia, antara cerita sensasi yang diketahui palsu dengan berita biasa yang benar, cerita sensasi palsu itu yang disukai dan disebarluas. Cerita karut seperti anak disumpah menjadi biawak, mayat bertukar menjadi babi dan yang seangkatan dengannya sangat digemari oleh orang kita.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...