Ketidakseimbangan jumlah penduduk lelaki dengan perempuan sering saja membawa masalah. Kalau di sesetengah tempat India jumlah lelakinya melebihi perempuan, menyebabkan ramai lelakinya membujang sampai tua. Kes rogol juga meningkat gara-gara rasa gersang.
TAPI lain pula ceritanya di suatu tempat terletak dalam negeri Zamfara, Nigeria. Akibat kekurangan lelaki, ramai wanitanya tidak dapat berkahwin. Status anak dara tua dan janda agak ramai di negeri itu.
Di tempat tersebut, seramai 5.380 wanita bercerai, 2,200 balu, 1,200 anak yatim dan 80 lagi yang lain sedang terdesak mencari jodoh. Malangnya akibat kekurangan lelaki, mereka terus hidup membujang.
Oleh itu mereka meluahkan rasa kemaruk terhadap jantan dan ketidakpuasan hati kerana sukar mendapat jodoh melalui tunjuk perasaan. Seramai 8,000 wanita kemaruk jodoh telah berkumpul mengadakan tunjuk perasaan.
Mereka merayu kepada Majlis Sharia yang dikenali sebagai Suruhanjaya Hisbah untuk membantu mereka mencari jodoh. Mereka berpendapat hidup mereka tidak normal tanpa pasangan hidup.
Sebagai insan prihatin adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk membantu mereka. Wanita dan lelaki saling memerlukan antara satu sama lain.
Jadi buat para pembaca lelaki yang masih bujang atau teringin menambah cawangan, peluang terbuka buat anda mencari jodoh wanita luar negeri.
Comments
comments