loading...

Bakat Lain Anuar Zain Yang Ramai Tak Tahu

bakat lain anuar zain yang ramai tak tahu 1

Kredit foto: Instagram Anuar Zain

Selama ini penyanyi Anuar Zain hanya dikenali kerana lontaran vokalnya yang mempesona.

Namun siapa sangka, penyanyi yang dikenali dengan lagu-lagu bergenre balada ini rupanya memiliki bakat dalam bidang fotografi. Malah ia turut diakui teman-teman rapat pelantun lagu Sedetik Lebih ini.

Terbaharu, sewaktu berada di sesi fotografi produk skaf keluarannya iaitu AwanbyAz, Anuar sibuk bermain dengan kamera untuk mendapatkan sudut terbaik rakaman foto.

"Memang benar, separuh daripada sesi fotografi, sayalah yang merakamkan gambar. Selebihnya dilakukan jurugambar profesional.

"Soal penataan cahaya dan elemen lain semuanya siap diatur mengikut apa yang dimahukan, jadi saya hanya merakamkan gambar. Sesi fotografi skaf ini pun ringkas saja," katanya menurut portal BH Online.

Selain itu, kata teraju utama filem Bintang Hati ini, dia sedang mempersiapkan strategi demi memastikan percaturan pertamanya dalam dunia perniagaan menjadi.

"Saya berusaha sedaya mungkin bagi merealisasikan perniagaan ini... Maklumlah projek 'baby' saya," katanya yang terkenal dengan sifat teliti ketika bekerja dan berkarya.

bakat lain anuar zain yang ramai tak tahu

Kredit foto: Instagram Anuar Zain

Koleksi skaf oleh Anuar Zain boleh didapati secara atas talian menerusi www.shopbyaz.com.

Anuar menjadikan kejayaan rakan artis dalam bidang perniagaan sebagai inspirasi untuk mengungguli bidang itu.

Sumber berita: BH Online
Previous
Next Post »
loading...