loading...

Raja Perlis Terima Set Edisi Khas Wang Kertas

ARAU – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mempersembahkan edisi khas wang kertas peringatan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, di sini.

Set wang kertas RM600 dan RM60 itu dipersembahkan oleh Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim dalam sebuah majlis yang turut disertai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

BNM dalam kenyataannya baru-baru ini berkata ia adalah sebagai tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Wang kertas peringatan itu dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, dikeluarkan dalam tiga jenis iaitu wang kertas sekeping RM600, wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60 dan wang kertas sekeping RM60. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...