loading...

Ernie Zakri Rasa Janggal Dengan Siti Nordiana

ernie zakri rasa janggal dengan siti nordiana

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana & Instagram Ernie Zakri

Terpaksa mengajar penyanyi yang lebih senior, Ernie Zakri akui berasa janggal.

Penyanyi Ernie berkongsi pengalamannya sewaktu mula-mula bergelar guru vokal kepada Siti Nordiana.

“Pada mulanya, saya rasa janggal mengajar vokal Nana. Semuanya kerana kedudukan Nana sebagai seorang artis senior," katanya kepada portal Astro Gempak.

Ernie bagaimanapun berkata, dia mula selesa dengan Nana kerana perwatakan wanita itu yang merendah diri dan memahami tugas beliau sebagai pengajar.

“Namun begitu, saya bersyukur kerana saya dapat mengajar rakan artis yang memahami dan merendah diri," katanya.

Memberitahu portal berkenaan, Ernie menganggap proses pembelajaran mereka berjalan lancar kerana dapat saling bertukar ilmu.

“Perkara itu membuatkan pembelajaran menjadi mudah kerana kami boleh sama-sama berkongsi ilmu,” katanya. 

Dalam pada itu, pelantun lagu Jangan Marah ini berkata, dia mementingkan aspek teknikal ketika mengajar seseorang penyanyi untuk memastikan teknik nyanyian yang digunakan tepat.

“Saya mengajar lebih kepada aspek teknikal dalam bidang nyanyian. Gaya nyanyian mereka saya tak ubah dan saya hanya memantau sama ada teknik mereka betul atau salah,” katanya yang juga merupakan guru vokal kepada Siti Sarah dan Amira Othman.

Untuk info, Ernie adalah graduan Ijazah Sarjana Muda jurusan Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan kini sedang menyambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang Sarjana Muzik.

Sumber berita: Astro Gempak & HLive
Previous
Next Post »
loading...