loading...

Ed Sheeran Umumkan Pertunangan Dengan Kekasih

Penyanyi yang popular dengan lagu Perfect, Ed Sheeran mengumumkan berita pertunangannya dengan kekasih hatinya Cherry Seaborn.

Ed Sheeran memuat naik foto bersama kekasihnya dan memaklumkan dia melamar kekasihnya pada tahun baru yang lalu.

Pasangan itu berkenalan sejak di sekolah tinggi lagi, namun hubungan mereka mula serius sejak tahun 2015.

Pasangan itu melalui hubungan jarak jauh memandangkan Seaborn menuntut di Universiti Duke di North Carolina sebelum berpindah bekerja di syarikat perakaunan di New York, London.

Tahun 2016, Sheeran membuat keputusan untuk berehat dari aktiviti nyanyian dan menjelajah dunia bersama Seaborn.

Seaborn juga memberikan inspirasi dalam penghasilan dua lagu hit Ed Sheeran, Shape of You dan Perfect.

Sumber: The Star



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...