loading...

Demi Album Baharu, Faizal Sanggup Tunda Konsert

DEMI menyiapkan album baharu, penyanyi Faizal Tahir terpaksa menangguhkan konsert yang sepatutnya dijalankan pada akhir tahun lalu.

Bagi penyanyi yang mula membina nama menerusi program One In A Million itu, konsert itu bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke-11 pembabitannya sebagai anak seni.

Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan akibat kesuntukan masa serta turut terikat dengan banyak tanggungjawab. Namun, konsert itu sebenarnya telah ditangguhkan atas permintaannya sendiri.

Ini kerana jadual kerja yang padat selain perlu menyiapkan album baharunya. Selain itu, Faizal turut perlu menerbitkan lagu untuk penanyi lain yang bernaung di bawah label muziknya, Faithful Music.

“Untuk menganjurkan konsert, ia tak boleh dibuat tergesa-gesa dan memerlukan perancangan rapi.

“Memandangkan saya sedang menyiapkan album baharu, sayang rasanya jika lagu yang dimuatkan tidak dinyanyikan ketika konsert,” katanya dipetik daripada BH Online.

Selain itu, Faizal turut terikat dengan program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan menerusi program jelajah ke beberapa Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara.

“Saya memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk promosi dan pemasaran. Memikirkan perkara itu, lebih baik saya tangguhkan. Penaja masih bermain tarik tali dan belum beri pengesahan.

“Insya-Allah, konsert itu diadakan selepas raya. Saya difahamkan ramai penyanyi lain berhasrat menganjurkan konsert sebelum puasa, jadi saya tidak mahu bersaing,” ujarnya lagi.

Disebabkan itu, Faizal turut berasa sedikit khuatir apabila banyak desas desus mengatakan bahawa penjualan tiket konsert bagi artis tempatan agak tidak memberangsangkan.

Oleh itu, diakui bahawa dia memerlukan tempoh masa yang panjang untuk menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

“Paling utama memantapkan stamina. Secara jujur, jika diminta menyanyi lima lagu berterusan saya mudah letih. Saya perlukan masa memantapkan stamina, selain menjalani latihan vokal,” tambahnya lagi.

Sebelum April ini, Faizal sudah target bahawa dia perlu menyelesaikan pembikinan album baharunya yang berbaki lagi 20 peratus sebelum dilancarkan.

Dalam amsa yang sama Faizal turut mengetengahkan kelainan di dalam album baharunya ini yang menampilkan konsep muzik bervariasi.

“Mungkin orang akan kata album ini syok sendiri, tetapi saya tak kisah. Cara orang dengar lagu sekarang berbeza, terutama apabila era digital mengambil alih.

“Setiap lagu dalam album ini mempunyai kesinambungan dan saya berharap peminat dapat menerima pembaharuan itu,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Assalamualaikum.-MYNEWSHUB.CC / AH

Loading...

Previous
Next Post »
loading...