loading...

Apa Sebenarnya Berlaku Di Pasar Tani?

AGAK mengejutkan apabila wujud pegawai atau petugas yang melarang kru televisyen membuat liputan harga barangan di pasar tani.

Satu yang di luar jangkaan apabila kru yang mahu mengadakan siaran langsung mengenai harga barangan basah diminta meninggalkan lokasi.

“Nak buat liputan kena minta kebenaran bertulis,” kata pegawai bertugas.

Persoalannya: Pasar tani kawasan awam yang ada kepentingan awam. Media massa pula penyambung maklumat antara prasarana anjuran kerajaan ini dengan orang-ramai. Jadi mengapa dilarang dan penuh syarat?

Pasar besar sekitar Kuala Lumpur selama ini benas dimasuki media massa yang bertujuan membuat liputan mengenai harga barang.

Apakah siaran langsung penyiaran harga barangan basah dan keperluan pengguna yang disiarkan selama ini menimbulkan ketakutan kepada penyelia peniaga pasar tani?

Atau apakah wujud kartel yang menguasai manipulasi harga barangan basah yang tidak mahu kadar harga barangan di pasar tani diumumkan setiap hari melalui siaran langsung televisyen?

Memang kita terperanjat apabila harga kembung yang dianggap ikan rakyat selama berdekad-dekad kini mencecah harga antara RM18 hingga RM22 sekilo?

Di pasar tani harga ayam diproses RM8 sekilo. Lagi teruk di pasar Taman Tun Dr. Ismail yang harganya RM9 sekilo.

Di Pasar Seri Kembangan hanya RM7 sekilo. Semua ini dalam sekitar radius 25 kilometer. Namun, harganya jauh berbeza antara satu sama lain. Pasar tani pula tidak semurah disangka.

Ikan kembong lagi teruk ceritanya. Ikan yang sekian lama menjadi simbol ikan mampu beli rakyat bawahan, kini sudah melangkaui harga sepatutnya.

Malah, isu harga ikan kembung melambung melepasi paras munasabah, sudah berlarutan sekian lama. Keadaan jadi lebih mengejutkan apabila inilah kadar harga yang turut ditawarkan peniaga di pasar tani.

Seperti ada yang tidak kena di pasar tani. Sudahlah mahal, dan bertambah aneh apabila ada larangan menghadkan akses media utk membuat laporan terbuka secara langsung.

Apa yang ditakutkan?

Kementerian Pertanian dan FAMA harus menyiasat semua kebejatan ini. Pasar Tani aset kerajaan! -MYNEWSHUB.CC

Loading...

Previous
Next Post »
loading...