loading...

Netizen Sebak, Anak Kecil Cium Batu Nisan Ayah

SEDANGKAN yang dewasa pun tak mampu nak terima kenyataan apabila kehilangan orang yang tersayang, inikan pula kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan.

Sebak rasanya apabila melihat gambar seorang kanak-kanak sayu mencium batu nisan bapanya yang meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Anne Mokhtar telah memuat naik dua keping gambar anak buahnya ketika mereka menziarahi kubur abangnya dekat Seri Gading, Johor.

“Dia nak cium ayah dia, dah tak dapat. Batu tu je dia dapat cium. Aku harap sampai ke akhir hayat Adlina, dia sentiasa ingatkan ayah dia, and selalu ziarah. Amin,” tulisnya.

Gambar yang tular menerusi laman Twitter itu telah membuatkan ramai netizen turut berasa simpati atas nasib sedih menimpa kanak-kanak baru berusia tiga tahun itu.

Kanak-kanak perempuan tersebut yang hanya dikenali sebagai Adlina kelihatan seperti mengetahui bahawa bapanya itu sudah pergi meninggalkan alam fana buat selama-lamanya.

“Panas… Panas ayah… Sian ayah,” katanya sambil memegang batu nisan ayahnya.

Melihat aksi spontan si kecil itu mencium batu nisan benar-benar menyentuh hati setiap yang melihat gambar dan video tersebut.

Bayangkan si kecil yang baru berusia tiga tahun dan baru sahaja ingin merasai kasih sayang seorang ayah akhirnya kehilangan satu-satunya insan yang bakal menjadi walinya suatu hari nanti.

Tabah sungguh hatimu wahai adik… Kecil-kecil dah tak dapat merasai kasih sayang seorang ayah. Belum lagi puas adik merasai bahagianya saat bersama dengan insan yang bergelar ayah.

Pada yang masih lagi mempunyai ibu bapa, hargailah mereka sementara mereka masih ada. Khuatir nanti bila mereka sudah pergi menghadap Ilahi, ketika itulah anda baru mahu menghargai mereka.

Semuanya sudah terlambat ketika itu. Janji Allah itu pasti… Bila-bila masa sahaja tubuh tua mereka itu bakal dijemput oleh-Nya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...

Previous
Next Post »
loading...