loading...

Isu Dengan Kristal, Ini Respon Lan

isu dengan kumpulan kristal ini respon lan

Kredit foto: Instagram Lan Kristal

Vokalis kumpulan Kristal, Lan, meminta agar dirinya diberi ruang untuk fokus kepada persediaan konsert Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang bakal berlangsung Ahad ini.

Lan atau nama penuhnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, berkata beliau belum berkesempatan mengulas kenyataan gitaris kumpulannya, Rody, yang menyatakan hasrat mahu mencari vokalis lain.

"Maaf, saya terlalu sibuk dengan penggambaran kapsul GV. Minggu ini, tugasan saya agak mencabar dan saya perlu memberi fokus sepenuhnya untuk persembahan ini terlebih dulu.

"Insya-Allah, selepas selesai persembahan, jika saya dipanggil untuk ke sidang media konsert minggu kelima nanti, saya akan menjawab soalan media. Maafkan saya sekali lagi," katanya menurut portal BH Online.

Terdahulu, Rody menerusi laman sosial memberitahu mahu mencari vokalis baru demi memberi laluan kepada Lan yang sibuk dengan penyertaan di GV4.

Rody dikatakan membuat kenyataan tersebut selepas Lan mahu bergerak secara solo dan mempelbagaikan genre muziknya.

Malah Lan juga didakwa tidak mengadakan perbincangan dengan anggota kumpulan lain sebelum menyertai GV4.

Selain dua anak muda ini, Kristal turut dianggotai Mohd Nur Asraf Baharuddin (Asraf) dan Muhammad Afifi Nor Mohammad (Afifi).

Mula aktif sejak tahun 1999, antara lagu-lagu popular mereka termasuk Delaila, Resam Pak Belalang, Seragam Hitam dan Keindahan Pantai .

Sumber berita: BH Online
Previous
Next Post »
loading...