loading...

Belum Sampai Ajal, Pelajar Lelaki Ini Bernasib Baik!

BERPANTANG maut sebelum ajal…Tular satu rakaman di media sosial memaparkan seorang pelajar lelaki terselamat selepas hampir digilis oleh sebuah treler.

Menerusi video yang berdurasi kurang daripada satu minit itu menunjukkan dua orang pelajar bersama beg sandang yang digalas kemas sedang mengayuh basikal.

Namun, secara tiba-tiba salah seorang daripada mereka dilihat hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan raya.

Kanak-kanak malang yang terjatuh itu dilihat hampir digilis oleh treler yang melalui jalan berkenaan.

Namun, mangsa yang menyandang beg berwarna merah itu bernasib baik kerana pemandu treler tersebut dilihat sempat mengelak dan hanya menggilis beg sekolahnya.

Insiden yang berlaku di Hanoi, Vietnam itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-rata mereka ngeri dengan kejadian itu.

Setakat ini, video yang viral itu dilihat telah menerima lebih daripada 3,000 tontonan di laman Youtube.–MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...

Previous
Next Post »
loading...