loading...

30 Maut, Letupan Bom Di Timur Laut Nigeria

ABUJA – Letupan bom oleh pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Mubi, timur laut Nigeria pada awal pagi Selasa, menyebabkan 30 orang maut, menurut polis lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap polis, Othman Abubakar berkata kepada pemberita, serangan pada waktu subuh itu, dilakukan seorang remaja tidak dikenali dengan meletupkan jaket berisi bahan letupan yang dipakainya, di sebuah masjid di Kunu Araha.

“Bom diletupkan sejurus selepas solat. Insiden turut mengakibatkan ramai mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan di beberapa hospital di utara Mubi,” kata Abubakar. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...