Kredit foto: Instagram Liana Rosli
Pengasas produk kecantikan, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM akui lelah dihentam netizen.
Anak artis veteran, Normah Damanhuri ini mengambil pendekatan untuk memekakkan telinga daripada menerima sebarang kecaman.
“Saya dah banyak kali kena kecam. Jadi, saya memang dah tak ada rasa apa-apa. Saya pun malas nak layan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Kontroversi terkini memperlihatkan pemilik produk jamu kecantikan, Sweet Dara ini dikatakan bergaya lucah dengan aktor, Iqram Dinzly menerusi video aksi menikmati aiskrim.
“Sebenarnya, kita memang tak rancang pun nak buat video macam itu. Tapi, biasalah kalau makan aiskrim memanglah kena begitu,” katanya menjawab tentang rakaman 60 saat yang dipercayai dirakam ketika majlis malam berinai, Betty Rahmad di ibu kota.
Mengulas mengenai gayanya yang menggiurkan, Kak KM menyerahkannya kepada penilaian persepsi orang ramai.
“Biasalah pandangan orangkan. Lagipun, dah kita nampak seksi nak buat macam mana kan? (ketawa).
“Tapi, saya tak tahulah cara pandangan orang kan, saya rasa ia normal. Kalau saya pakai baju kurung pun, orang tetap kata saya seksi, saya pun tak faham kenapa orang kata nampak seksi sedangkan…
“Nak kata tubuh saya cantik? Tak tahulah…tapi kalau kalau orang kata cantik, alhamdulillah,” katanya sambil melepaskan ketawa.
Begitupun, Kak KM menepis dakwaan kononnya beliau sengaja ingin meraih publisiti murahan.
“Memang tak lah sebab saya bukan siapa-siapa pun. Saya hanya berniaga jamu. Tapi yang sebenarnya saya memang ada jati diri sendiri.
“Waktu awal-awal nak berniaga jamu, saya tanamkan awal-awal dalam otak, nak berniaga kena gila. Itu je yang saya pegang.
"Kalau nak kaya, nak berniaga kena gila. Kalau biasa-biasa tak ada siapa yang akan nampak. Tapi itu terpulanglah dekat individu yang nak buat andaian lain,” katanya.
Jujurnya, kata Kak KM, setiap videonya yang menjadi tular melambangkan 'warna' dirinya yang sebenar.
“Itulah gaya sebenar saya. Sikap saya memang begitu. Saya seorang yang happy-go-lucky, tak suka nak fikir masalah atau hal orang lain.
“Saya lebih suka buat hal sendiri malah saya saya tak kisahpun orang nak cakap pasal saya. Apa yang penting, saya tau apa yang saya buat,” katanya.
Biarpun begitu, beliau akur apabila kaedahnya mempromosikan produk dikatakan keterlaluan dan berbaur lucah.
“Semua video yang saya buat itu bersebab. Lagipun, saya menjual jamu khas untuk penjagaan wanita.
"Jadi, bila nak sampaikan kepada mereka yang mempunyai masalah tersebut ia perlu kena dengan gaya dan kaedah tertentu.
"Walaupun kena kecam, alhamdulillah produk saya juga semakin laris," katanya.
Mengenai perkembangan terkini, Kak KM akan muncul dengan produk pembersih wanita dalam tempoh sebulan lagi.
Sumber berita: Sinar Harian