loading...

Tunjuk Konvoi Motosikal Boleh Menang PRU Ker?

MARANG – Tindakan PAS Marang mengadakan konvoi bermotosikal bagi mempamerkan kekuatan parti itu semalam menimbulkan rasa kurang senang penyokong Pakatan Harapan.

Tindakan PAS Marang memuatnaik rakaman video itu bertajuk `konvoi anak muda pertahan Marang’ di media sosial malah dihembur dengan pelbagai kata-kata cemuhan dan sindiran.

“Konvoi memang ramai. PRU tengok majoriti undi, bukan konvoi siapa paling ramai. Mudah-mudahan Marang milik Pakatan Harapan,” kata seorang netizen penyokong Pakatan Harapan menggunakan akaun Facebook Mohd. Helmi.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Rakaman video berdurasi hampir lima minit itu menyaksikan konvoi beratus motosikal sambil membawa bendera PAS di Marang.

Ahli Parlimen Marang ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sangat dibenci oleh pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP.

Berikut antara komen berbaur kecaman keatas konvoi bermotosikal tersebut:

“Tak habis habis tunjuk gah dengan konvoi motor…boleh menang PRU ke? Hrmm…semakin lalai nampaknya agenda membela rakyat,” kata Amy.

“Buang masa jer pertahankan Marang. Samalah juga pertahankan ahli parlimen yang suka ponteng. Kalau menang makan gaji buta. Walaun sama jer,” kata Firman Alaxendar.

“TAAWUUN DENGAN PENYAMUN!!! KERUSI PARLIMEN MARANG BAKAL BERTUKAR TANGAN KEPADA PH. ADIOUS HADI!!” kata Jamaliah Bejor.

“Yang konvoi tu bukan semuanya undi PAS..ada yang tak cukup umur lagi..tapi apa pun kita lihat PRU 14 nanti sapa sebenar yang ramai peyokong,” kata Lee Taman U.

“Pertahankan Marang apa, penyibuk jalan raya, tak lebih dari itu,” kata Cikgu Yusoff Ahmad. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Previous
Next Post »
loading...