loading...

Tipu ‘Over Time’, 8 Penolong Pegawai Perubatan Dijatuhkan Hukuman

tipu over time 8 penolong pegawai perubatan dijatuhkan hukuman

Sumber foto: warnaasia.com

Khamis lalu Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman denda kepada lapan penolong pegawai perubatan. Semua tertuduh didakwa membuat tuntutan palsu kerja lebih masa pada tahun 2016.

Hakim Abu Bakar Manat mengenakan denda kepada tertuduh dan mereka boleh dipenjarakan tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mohd Rosidih Mohd Saidi di denda RM15,000, manakala Jaduin Untop (RM18,000); Terence Linchos (RM17,000); Zulkifli Arun (RM14,000); Noor Salim Mohd Zin dan Mohd Akmal Hafiz Mohd Ariff masing-masing RM12,000 serta Juraineh Musalim (RM7,000).

Denda RM20,000 dikenakan pada seorang lagi tertuduh, Naza Fadirul @ Mick Ab Satar. Tertuduh boleh dipenjara empat bulan jika gagalkan menjelaskan denda.

Semua tertuduh membuat tuntutan palsu kerja lebih masa di Jabatan Akauntan Sabah di Wisma Perindustrian antara 1 Februari dan 30 Jun 2016.

Semua tertuduh juga adalah pembantu perubatan di Klinik Mata Hospital Queen Elizabeth 1(QEH1).

Abu Bakar menasihati pesalah supaya menjadikan hukuman itu sebagai pengajaran dalam proses penghakimannya.

"Sekiranya anda masih bekerja, sila pastikan integriti dan tidak mengambil kesempatan, berfikir sebelum bertindak kerana ia bukan saja memalukan diri sendiri, malah keluarga," katanya.

Tuntutan palsu kerja lebih masa yang dibuat adalah bagi Januari hingga Mei 2016 di Pejabat Akauntan Negara, Sabah dan bagi Februari hingga Jun 2016 di Pejabat Klinik Mata, QEH.

Di atas kertas pertuduhan , Naza Fadirul,33, dengan dakwaan 20 pertuduhan membabitkan tuntutan palsu RM22,216.61 dan RM43,685.65. Mohd Akmal,26, pula dengan tuntutan RM12,842.26 dan RM10.661.89.

Yang lain Mohd Rosidi,38; Terence, 38; Jaduin, 30; Zulkifli,28, dan Noor Salim, 27, didakwa membuat tuntutan palsu antara RM13,466.89 hingga RM19,992.63.

Juraineh, 27, pula merupakan tertuduh wanita yang berdepan tiga tuduhan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 atas tuduhan tuntutan palsu kerja lebih masa sebanyak RM8,647.40 iaitu bagi Mac hingga Mei 2016.

Noor Salim dan Mohd Akmal diwakili peguam Hairul Vyron dan tertuduh yang lain diwakili peguam Ram Singh.

Pendakwaan Kes pula dilakukan Timbalan Pendakwaan Raya Rozanna Abd Hadi dan Rustam Sanip mewakili Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berita: BH Online

Previous
Next Post »
loading...