loading...

Selepas Sofi Jikan, Dua Lagi Artis Dipanggil Polis

selepas sofi jikan dua lagi artis dipanggil polis

Kredit foto: BH Online

Identiti dua lagi individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan telahpun dikenalpasti oleh pihak polis, sebagaimana keterangan yang diberi oleh pelakon Datuk Farid Kamil.

Sebelum ini Sofi diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara, jam 11 malam tadi kerana didapati positif ganja, selepas beliau memberi keterangan susulan laporan polis dibuat Farid pada 31 Januari lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kang Chez Chiang berkata, pihak mereka telah menerima kesediaan dua lagi individu yang dinyatakan Farid untuk hadir membantu siasatan.

"Pelakon Sofi Jikan ditahan semasa dia tampil memberikan keterangan selepas didapati positif dadah dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, untuk perintah reman.

"Pada masa ini saya tidak dapat mendedahkan identiti dua lagi individu sehingga mereka tampil membantu siasatan," katanya kepada portal BH Online.

Menurutnya, kes Sofi disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala kes dua lagi individu berkenaan dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Terdahulu, Farid mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan tiga rakan artis apabila minumannya dicemarkan dengan dadah, dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari lalu.

Tiga rakan artis yang dimaksudkan adalah pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B era 1990an serta seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya.

Sumber berita: BH Online

Previous
Next Post »
loading...