loading...

Selagi El Pegang Cincin, Sufian Pecaya Mereka Masih Tidak Putus Tunang

Sebentar tadi ibu Elfira Loy telah mengesahkan tali pertunangan anaknya dan Sufian Suhaimi sudah putus. Tetapi lain pula jawapan balas Sufian, beliau tetap percaya mereka masih bertunang selagi cincin masih di jari manis wanita itu.
Menerusi pengurusnya, Mahadhir Mohamad, Sufian memberitahu hubungan beliau dan Elfira tidak mempunyai sebarang masalah kecuali dari pihak ketiga. Mungkinkah pihak ketiga itu datang dari ibu bapa Elfira?
“Dia berpegang kepada prinsip selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang. Katanya dia dengan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga,” kata pengurusnya kepada m Star Online.
Selain itu, ada juga perkara berbangkit mengatakan ibu Elfira terasa hati dengan Sufian, gara-gara beliau memuat naik kenyataan di Insta story mengatakan wanita itu merupakan orang ketiga dalam hubungan mereka.

Bagaimanapun Mahadhir berkata, Sufian akan tampil menjelaskan perkara sebenar di Instagramnya nanti. Manakala ibu Elfira akan bertermu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin dalam masa terdekat.
Nampaknya rumit juga hubungan Elfira dan Sufian ini, apalagi dengan kenyataan baru dikeluarkan Sufian, seolah ibu Elfira menghalang hubungan mereka. Apapun harapnya mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cara baik
Previous
Next Post »
loading...